Oleh ALANG IBN SHUKRIMUN
SEPERTI yang sudah dinyatakan dalam tulisan lepas, Azmin tidak
akan berani cari pasal dengan PAS. Beliau tahu tanpa PAS, tiada lagi
yang boleh diharapkan. Pimpinan PKR sudah lama berbulu mata melihat
Azmin di tampuk kuasa itu. Kini bulu itu tambah lebat bila exco-exco
PAS juga masih di situ.
PAS memiliki 13 kerusi Dun sahaja di
Selangor. Ia bersamaan dengan 23% daripada jumlah 56 kerusi di
Selangor. Untuk memerintah, 29 kerusi diperlukan. Secara asasnya PAS
tidak mampu memerintah dengan hanya 13 kerusi ini sahaja.
Tetapi
apa yang dapat kita lihat, PAS berdaya untuk kekal dalam kerajaan
Selangor walaupun hampir pasti tidak lagi bertahaluf dengan PKR.
Pengumuman Azmin semalam untuk mengekalkan PAS membuat rakan-rakan PH
terlopong kempunan. Dengan kuasa eksekutif utama negeri, PAS boleh terus
membawa agenda perjuangannya tanpa perlu lagi terikat dengan disiplin
atau perjanjian dengan mana-mana parti politik lain.
Itulah
hikmatnya kingmaker. Di peringkat nasional, PAS mensasarkan 40 kerusi
sahaja, iaitu sekitar 18% dari jumah 222 kerusi parlimen Malaysia.
Walaupun tampak lebih kecil bilangannya, tetapi situasi kerusi itu tidak
boleh disamakan dengan Selangor kerana BN di sana lemah. Di peringkat
nasional, kekuatan PH dan BN boleh dikatakan sekata sekarang. Maka 40
kerusi sudah cukup untuk berperanan sebagai kingmaker.
PAS
bijak menggunakan kerakusan nafsu politikus untuk berkuasa sebagai
leverage menjadi kingmaker. Matlamat politikus dalam politik sememangnya
mahu berkuasa, walau apa jua cara. Jika mereka melihat dengan bersama
PAS mereka mampu meraih kuasa, maka mereka tidak akan teragak-agak
walaupun secara zahirnya agenda perjuangan antara mereka dan PAS amat
berbeza. Inilah ajaran politik Machiavelli.
Dengan kerakusan
ini, bargaining power PAS akan lebih kuat. PAS akan tawarkan sesiapa
sahaja boleh menumpang kekuatan PAS untuk sama-sama mendapatkan kuasa,
dengan syarat mereka boleh setuju dengan agenda perjuangan PAS. PAS
tidak kisah individu mana sekalipun di teraju utama negara, asalkan
mereka boleh pastikan agenda perjuangan PAS direalisasikan.
Najib nak jalankan Islam? Silakan. Lim Kit Siang sanggup peluk Islam dan
mahu laksanakan Islam? Silakan. Asalkan agenda Islam mengikut
perancangan. Biar PAS di belakang mencatur. Mereka di depan hanya
bertindak akur.
Jika mereka ingkar setelah berkuasa, PAS
boleh batalkan kerjasama bila-bila yang menyebabkan kehilangan kuasa dan
jatuh. Sanggupkah mereka? Kini Azmin sudah menunjukkan contoh, apakah
mereka berani atau tidak.
Inilah maksud kingmaker. Raja pencatur.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan