Bebalisme Dalam Parti Politik

Oleh Muhaimin Sulam

Bebalisme wujud juga dalam parti politik samada pemerintah atau pembangkang. Bebalisme tidak mempunyai kecintaan kepada hujah yang tertib dan rasional.

Perbahasannya (sebenarnya hanya luahan sahaja) bukan pada prinsip, kurang berkemampuan menilai masalah secara kontekstual, mendalam dan secara berterusan. Kata Syed Hussein al Attas ibarat tidak dapat melihat hutan kerana pohon-pohonnya.

Oleh sebab itu, sebarang perbahasan (bergaduh dalam media sosial), kebanyakannya fokus kepada titik bengik dan tiada upaya mengupas secara prinsipal. Masing-masing membawa hujah yang seakan-akan fakta tetapi meletakkan pada tempat yang salah.


Tak kira samada dia seorang berkelulusan tinggi, pemimpin paling berkuasa, cikgu, petani, penganggur dsb kerana bebalisme bukan idealogi atau pekerjaan. Bebalisme adalah sikap yang wujud dalam semua kebudayaan, ruang dan zaman.

Saya bagi beberapa contoh bebalisme dalam parti politik:
1. Warna oren, warna sami Buddha.
2. Gambar beberapa pemimpin PAS bersama dengan BN dijadikan hujah bahawa 'ada UG' begitu juga sebaliknya.
3. DAP adalah sosialis. Sosialisme adalah Komunisme dan Cina.
4. Ada pemimpin UMNO memang rasuah tapi mereka Melayu.
5. Azmin tak gugurkan exco PAS. Azmin UG dengan PAS.
6. Lambang bulan PAS macam bendera Jepun. Jahat macam Jepun.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan