Oleh MUAMMAR QADDAFI
Walaupun keduanya bermula sebagai mentor dan mentee, permusuhan
terbesar antara dua tokoh politik adalah diantara Tun Dr Mahathir
Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, situasi ini bermula sejak
pemecatan Anwar oleh Mahathir dari jawatan timbalan perdana menteri
Malaysia pada tahun 1998.
Pada era reformasi, sehingga turunnya Mahathir dari kerusi Perdana
Menteri, perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah mengesa Mahathir
untuk letak jawatan. Itulah fokus serangan parti yang diasaskan selepas
pemecatan Anwar pada ketika itu.
PKR percaya bahawa Anwar adalah mangsa fitnah politik kotor Mahathir
terhadap Anwar, dalam membawa keadilan kepada Anwar, PKR bersama parti
pembangkang lain berjaya mobilise ratusan ribu rakyat Malaysia untuk
menekan Mahathir untuk berundur sehingga akhirnya Mahathir menyatakan
hasrat beliau untuk berundur pada Jun 2002, setelah dipujuk dan dirayu
pemimpin Umno Mahathir kekal sebagai PM selama lebih setahun dan
kemudiannya menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Tun Abdullah Ahmad
Badawi pada 2003.
Disebalik segala serangan itu, Mahathir pula sentiasa menegaskan
kepercayaan beliau bahawa Anwar bersalah dan sering kali ungkapkan
bahawa Anwar adalah manusia yang tidak bermoral, bahkan sehingga 2017
Mahathir tidak pernah menarik balik kenyataan ini bahkan sentiasa
membayangkan kepada umum bahawa beliau masih percaya bahawa Anwar adalah
insan yang tidak bermoral dan tanpa akhlak.
Permusuhan keduanya bagai tiada titik noktah, namun satu lembaran
baru dibuka pada akhir tahun 2016, setelah hampir 19 tahun berseteru dan
bermusuhan,Mahathir tampil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi
menunjukkan sokongan kepada bekas timbalan beliau Anwar, yang memfailkan
saman menghalang penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN)
2016.
Pun begitu, apabila ditanya soal Anwar diluar kontek saman Anwar
tersebut, Mahathir masih mengulangi pandangan buruk beliau terhadap
Anwar, dan masih beranggapan Anwar adalah manusia yang tidak bermoral.
Ini menunjukkan, Mahathir masih benci dan anti Anwar, dari dulu hingga sekarang.
Namun, dengan kebencian yang jelas Mahathir terhadap Anwar, cukup
menarik apabila semalam di Konvensyen PKR, individu yang bermusuhan
dengan Anwar itu, telah menandatangani kempen BEBAS ANWAR yang mendesak
pembebasan Dato Seri Anwar Ibrahim dari hukuman penjara yang beliau
jalani dari perbicaraan penuh konspirasi Liwat II.
Mahathir telah letak ketepi kebencian beliau terhadap Anwar, dan
sanggup hadir pada konvensyen "Parti Anwar", manusia yang waras perlu
tanya diri sendiri, mengapa Mahathir bertindak sedemikian?
Mahathir percaya beliau tidak akan mampu menewaskan BN secara
bersendirian, beliau yakin hanya melalui kerjasama politik dengan parti
parti pembangkang, peluang untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional
lebih cerah dan mampu dicapai.
Begitu juga Anwar, melihat pula dari sisi pandang beliau, mengapa
beliau memilih untuk dipenjara, dan seterusnya memilih untuk "bersekutu"
dengan Mahathir walaupun insan itulah yang telah menzalimi beliau, dan
sentiasa memburukkan dan mengulangi fitnah terhadap beliau, Anwar tidak
berkata tidak kepada Mahathir,tidak pula beliau merendah dan perkecilkan
Mahathir bahkan tangan orang yang menzalimi beliau itu, disambut dengan
penuh senyuman dan pengharapan.
Dalam kontek ini, Anwar dan Mahathir telah berkongsi aspirasi yang
sama, harapan dan matlamat yang sama,iaitu untuk menjatuhkan Barisan
Nasional dan Najib yang setiap saat masa berlalu dalam pemerintahannya,
bermaksud setiap satu kerosakan dan kebobrokan telah berlaku.
Anwar dan Mahathir, satu masa nanti pastikan akan diterus dikenang,
walau apa juga keputusan perjuangan mereka ini, sebagai dua tokoh
negarawan yang sanggup berkorban untuk negara.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan