PAS Berjaya Temui Ubat Alergik Politik

Oleh Alang Ibn Shukrimun

Pada tahun 2015, Hisomudin Bakar dari Ilham Center membuat analisa bahawa anak muda kecewa dengan politik Malaysia. Mereka sudah hilang minat terhadap politik dengan sikap ahli politik dan keadaan politik negara hari ini. Analisa tersebut mendapati bahawa kadar pendaftaran keahli parti politik dari golongan muda merosot begitu ketara sekali.

Namun sejak tahun itu juga, atau lebih tepatnya selepas muktamar 'pembersihan' sebilangan politikus dari PAS, PAS mula menerima pendaftaran keahlian yang berbondong-bondong. Ribuan permohonan diterima saban bulan hingga sekarang (2017). Hampir kesemuanya adalah anak muda!

Dalam kajian-kajian yang dibuat oleh berbagai pihak pula seperti Bersatu, Merdeka Center, IDE, PPP, IKS dan badan-badan bebas lain termasuk melalui undian facebook sejak 2016 menunjukkan PAS menjadi parti paling popular mengatasi BN dan parti-parti PH.

Ini menunjukkan kepada satu perkara, iaitu PAS sudah berjaya menemui ubat kepada alergik politik di kalangan kaum muda. PAS berjaya menarik kembali minat golongan muda terhadap politik.

Kenapa mereka memilih PAS? Kerana PAS memperkenalkan pendekatan terbaru dalam politik, iaitu Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). Nyata ramai yang muak dengan politik sebenarnya bukan kerana tidak tahu kepentingan politik terhadap masa depan negara, tetapi kerana tidak suka budaya politik yang diamalkan politikus Malaysia selama ini. Mereka mengharapkan agar Malaysia berubah kepada budaya yang lebih harmoni dan profesional.

Maka menjadi kemestian kepada ahli PAS untuk menghadam sebaik mungkin tentang BPMS, dan menyebarluaskan tentangnya. Perkenalkan BPMS kepada setiap ceruk Malaysia, terutama orang muda. Kawan-kawan sekolah, rakan sekerja, jiran tetangga, ahli-ahli kelab hobi, sanak saudara dan semuanya.

Jangan malu lagi untuk bercakap mengenai politik. Saya yakin dengan memahami BPMS, ramai yang mampu terima dan sokong. BPMS lebih lunak dengan naluri manusiawi, lebih menepati kehendak Islam, dan lebih dekat dengan jiwa halus orang melayu.
(Alang Ibn Shukrimun)
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan