PENGUNDIAN sebuah portal berita dalam talian mendedahkan ramai
pembacanya mahukan mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad kembali
memegang jawatan lamanya itu.
Malaysiakini melaporkan yang 8,926 (69.9%) daripada 12,777 mengundi Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan.
Hanya 3,276 (25.6%) tidak bersetuju, sementara selebihnya mengatakan
mereka “tidak pasti” atau “tidak peduli” dalam pengundian itu, yang
dilakukan selama enam hari bermula 19 Mei.
Pengundian itu dijalankan dalam tiga bahasa. Mereka yang membalas
dalam Bahasa Inggeris adalah mereka yang paling menyokong Dr Mahathir.
Setinggi 76.6% mereka mahukan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia
itu dilantik kembali sebagai perdana menteri.
Dalam pengundian Bahasa Malaysia, 68.8% mengundi Dr Mahathir dan
hanya 51% pengundi Bahasa Cina memilih politikus berusia 92 tahun itu.
Malaysiakini melaporkan yang keputusan pengundi Cina mungkin ada
kaitan dengan apa yang dilakukan dan dikatakan Dr Mahathir semasa dia
menjadi perdana menteri sebelum ini.
Salah satu isu ialah rayuan pilihan raya Suqiu. Selepas menerima
rayuan itu, yang termasuk penilaian semula Dasar Ekonomi Baru, Dr
Mahathir mengaitkan pergerakan itu kepada komunis, selepas pilihan raya
1999.
Veteran DAP Lim Kit Siang juga mengecam Dr Mahathir dalam isu itu
pada 2000. Kedua-dua mereka sudahpun mengenetepikan perbezaan untuk
bekerjasama dalam PH.
Malaysiakini juga berkata yang mungkin pembaca Cina gemarkan pemimpin yang sedang dipenjarakan Anwar berbanding Dr Mahathir.
Dengan pilihan raya umum yang bakal menjelang, PH berdepan desakan untuk menamakan calon perdana menterinya.
Semalam, Invoke Centre for Policy Initiatives (I-CPI) juga
mendedahkan hasil kajiannya tentang populariti Perdana Menteri Najib
Razak dan pemimpin pembangkang lain untuk memegang jawatan tertinggi
negara itu.
Kajian itu mendapati yang Najib masih dimahukan untuk jawatan itu.
Ia mendapati yang 31% daripada 17,962 pengundi mahukan Najib sebagai
perdana menteri selepas pilihan raya akan datang berbanding hanya 8.1%
yang mahukan Anwar.
Antara pemimpin parti pembangkang, Anwar ialah calon paling digemari
berdasarkan jawapan responden kepada soalan pemimpin PH manakah mereka
mahukan sebagai perdana menteri akan datang.
Di tempat kedua ialah Presiden PAS Abdul Hadi Awang sementara Dr Mahathir menduduki tempat ketiga
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan