Oleh Che Ibrahim Mohamed
Fasal 10.1 Perlembagaan Parti Amanah Negara menyebut Konvensyen
Nasional dan Konvensyen Khas Nasional hendaklah mempunyai kuasa
tertinggi Parti manakala semua fungsi eksekutif Parti hendaklah
dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pimpinan Nasional di bawah kuasa dan
arahan Konvensyen tersebut.
Untuk makluman Dr, perlantikan Dato
Husam Musa sebagai Naib Presiden telah dibuat melalui usul yang telah
diluluskan dalam Konvensyen Nasional 2016, Parti Amanah Negara yang
telah diadakan pada 10 - 11 Dis 2016 di SACC, Shah Alam.
PERLANTIKAN DATUK HUSAM MUSA SEBAGAI NAIB PRESIDEN PARTI AMANAH NEGARA TIDAK SAH?
Ada yang bertanya saya mengenai keabsahan perlantikan Datuk Husam Musa
sebagai Naib Presiden Parti Amanah Negara kerana ia didakwa dibuat oleh
Setiausaha Agung Parti Amanah Negara, Mohd Anuar Tahir, di dalam Seminar
Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianjurkan oleh parti
itu di Dewan Himpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur (KLSCAH) pada 9 April
lalu.
Mengikut Mohd Anuar Tahir, perlantikan Datuk Husam Musa,
yang juga Penasihat Parti Amanah Negara Kelantan, sebagai Naib Presiden
Parti Amanah Negara itu berkuatkuasa pada hari itu (9 April lalu) dan
selaras dengan usul yang dipersetujui dalam Konvensyen Nasional Parti
Amanah Negara pada 10-11 Disember 2016.
Saya sebenarnya tidak
berapa gemar untuk mencampuri urusan dalaman Parti Amanah Negara ini,
apatah lagi kerana parti ini dikatakan dibarisi oleh ramai pemimpin yang
mempunyai latar belakang undang-undang, tetapi bagi menghormati rakan
yang bertanya maka inilah sedikit sebanyak komen umum saya mengenai
perkara ini.
Untuk menentukan sama ada perlantikan Datuk Husam
Musa sebagai Naib Presiden Parti Amanah Negara adalah sah atau tidak,
dua perkara berikut perlulah dikenal pasti:
(1) Apakah Datuk
Husam Musa sebelum dilantik sebagai Naib Presiden Parti Amanah Negara
adalah salah seorang daripada 25 Ahli Jawatankuasa Pusat yang dipilih
oleh Kongres Tahunan Parti atau adalah salah seorang daripada 5 ahli
tambahan Jawatankuasa Pusat yang dilantik oleh Presiden dengan
persetujuan Jawatankuasa Pusat? Ini kerana Fasal 56 Perlembagaan Parti
Amanah Negara dengan jelas menyebut bahawa “2 orang Naib Presiden,
seorang Setiausaha Agung, seorang Timbalan Setiausaha Agung, seorang
Bendahari Agung, seorang Setiausaha Organisasi, seorang Pengarah
Komunikasi, seorang Pengarah Pilihan Raya, seorang Pengarah Strategi,
dan seorang Pengarah Kepimpinan” hendaklah dilantik dari kalangan
Ahli-Ahli Jawatankuasa Pusat.
(2) Apakah perlantikan Datuk Husam
Musa sebagai Naib Presiden Parti Amanah Negara adalah dibuat oleh
Presiden dengan persetujuan Jawatankuasa Pusat? Ini kerana Fasal 56
Perlembagaan Parti Amanah Negara sekali lagi dengan jelas menyebut
bahawa “2 orang Naib Presiden, seorang Setiausaha Agung, seorang
Timbalan Setiausaha Agung, seorang Bendahari Agung, seorang Setiausaha
Organisasi, seorang Pengarah Komunikasi, seorang Pengarah Pilihan Raya,
seorang Pengarah Strategi, dan seorang Pengarah Kepimpinan” hendaklah
dilantik oleh Presiden dengan persetujuan Jawatankuasa Pusat.
Kehendak dalam kedua-dua perkara ini adalah terkandung di dalam Fasal 56
Perlembagaan Parti Amanah Negara yang telah diluluskan oleh Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 1 Oktober 2015 yang berbunyi:
“The Annual Party Congress shall elect a Central Committee every 3
years consisting of 25 members. The members of the Central Committee
shall from amongst their number elect a President, a Deputy President
and 3 Vice Presidents. The President in turn shall appoint 5 additional
members of the Central Committee with the approval of the Central
Committee. The President shall appoint from among the Central Committee
members; 2 Vice Presidents, A
Secretary General, A Deputy Secretary
General, a Treasurer General, an Organising Secretary, a Communication
Director, an Election Director, a Strategy Director, and a Leadership
Director, with the approval of the Central Committee.”
(Terjemahan Fasal 56 Perlembagaan Parti Amanah Negara: "Kongres Tahunan
Parti hendaklah memilih satu Jawatankuasa Pusat setiap 3 tahun yang
terdiri daripada 25 ahli. Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat hendaklah dari
kalangan mereka memilih seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden dan 3
orang Naib Presiden. Presiden pula hendaklah melantik 5 ahli tambahan
Jawatankuasa Pusat dengan persetujuan Jawatankuasa Pusat. Presiden
hendaklah melantik dari kalangan Ahli-Ahli Jawatankuasa Pusat; 2 orang
Naib Presiden, seorang Setiausaha Agung, seorang Timbalan Setiausaha
Agung, seorang Bendahari Agung, seorang Setiausaha Organisasi, seorang
Pengarah Komunikasi, seorang Pengarah Pilihan Raya, seorang Pengarah
Strategi, dan seorang Pengarah Kepimpinan, dengan persetujuan
Jawatankuasa Pusat.”)
Jika kehendak dalam kedua-dua perkara ini
dipenuhi maka perlantikan Datuk Husam Musa sebagai Naib Presiden Parti
Amanah Negara adalah sah, tetapi jika kehendak dalam kedua-dua perkara
ini tidak dipenuhi maka perlantikan Datuk Husam Musa sebagai Naib
Presiden Parti Amanah Negara adalah tidak sah.
Pada hemat saya, keraguan mengenai perlantikan Datuk Husam Musa sebagai Naib Presiden Parti Amanah Negara ini berlaku kerana:
(1) Tiada sebarang pengumuman pernah dibuat mengenai perlantikan Datuk
Husam Musa sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Amanah Negara, apa yang
pernah dibuat hanyalah pengumuman mengenai perlantikan beliau sebagai
Penasihat Parti Amanah Negara Kelantan yang bukanlah melayakkan beliau
berada di dalam Jawatankuasa Pusat Parti Amanah Negara.
(2)
Pengumuman mengenai perlantikan Datuk Husam Musa tidak menyatakan bahawa
ia adalah dibuat oleh Presiden dengan persetujuan Jawatankuasa Pusat
dan hanya dibuat oleh Setiausaha Agung selepas berlangsungnya Seminar
Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bukan selepas
berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Pusat.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan