Oleh SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Kegagalan fungsi talian dan internet Celcom antara jam 7 pagi hingga
jam 9.30 pagi pada 13 Jun 2017, wajar diambil pertimbangan serius. Malah
di sesetengah lokasi, gangguan berlaku lebih lama hingga menyebabkan
para pengguna menanggung kerugian dalam tempoh tersebut. Lebih
menyedihkan, gangguan berlaku ketika waktu puncak dan syarikat berkenaan
hanya melampirkan seperenggan permohonan maaf, tanpa sebarang komitmen ganti rugi.
2. Semakan di twitter rasmi Celcom hingga jam 12.40 pagi hari ini,
seramai 2,217 orang telah 'retweet' dan 127 orang telah 'reply'
permohonan maaf yang dilampirkan. Sekitar 3,400 individu yang komen di
facebook. Ribuan 'share' dan 'emoticon' pula jelas menggambarkan
perasaan tidak puas hati pengguna. Malangnya, jawapan yang diberikan
Celcom sekadar melepaskan batuk di tangga. Menggunakan 'autoreply'
mungkin.
3. Demi memenuhi tanggungjawab sosial, Pemuda AMANAH
menuntut agar Celcom membayar ganti rugi dalam bentuk data internet
tambahan (minimum) sebanyak 3GB serta talian dan SMS percuma ke semua
rangkaian telco selama sehari. Bagi pengguna postpaid, rebat sebanyak
10% harus diberikan untuk bil bulan ini, selari dengan sikap Celcom
sendiri yang cukup berkira sekiranya pengguna lambat menjelaskan bayaran
bulanan.
4. Seluruh cadangan ini kami ambil langsung daripada
respon di twitter yang menerima jawapan acuh tidak acuh daripada Celcom.
Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi besar, Celcom sewajarnya
bersikap lebih responsif. Tanpa berdalih, syarikat harus mengambil
tanggungjawab penuh atas kerugian ini. Lebih penting, usah lagi selesa
berlindung di balik 'permohonan maaf'.
"Membina Negara Berintegriti"
#PemudaBekerja
SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan