Oleh HASANUDDIN MOHD YUNUS
Semoga risalah kecil ini sampai kepada Raja-Raja Negara Teluk dan
Negara-Negara Arab khususnya negara anda, dalam keadaan anda dan rakyat
negara anda sentiasa diberkati dan dimuliakan Allah.
Kami
mengikuti setiap perkembangan di negara anda dan percaya apa yang
berlaku akan menambah kematangan anda mengurus negara dan kekayaan yang
Allah berikan kepada negara anda. Kekayaan itu menagih satu tanggungjawab besar dan ia tidak percuma mengalir begitu sahaja.
Kami percaya sebarang keputusan anda terhadap Qatar Negara Saudara anda
sendiri itu, dibuat dengan penuh kebijaksanaan dan ia dibuat selepas
berunding dengan golongan bijak pandai dan pakar dalam bidang
masing-masing yang berada di dalam dan di luar negara anda.
Kami
juga menantikan satu kebijaksanaan yang lebih tinggi yang akan anda
semua putuskan dalam waktu yang terdekat ini. Ingatlah anda dan
negara-negara Arab lainnya dilihat sebagai contoh negara Islam. Sebarang
tindakan yang baik atau buruk daripada anda, akan tetap dilihat anda
sebagai duta tuhan di bumi ini.
Kami percaya sebarang perbezaan
pendapat, perselisihan dan sebarang kebimbangan ketika berjiran dapat
diurus dengan baik sekiranya anda semua merujuk kepada Al-Quran dan
Al-Sunnah serta pandangan ulama' muktabar sepanjang zaman dan jauh dari
kongkongan hawa nafsu.
Kami juga percaya dengan kekayaan,
kekuatan, perpaduan, pengurusan negara yang baik, bilangan penduduk
negara yang ramai, sokongan dari penduduk antarabangsa tidak kira dari
pelbagai agama dan bangsa terhadap anda, anda boleh memerdekakan diri
dari sebarang kuasa besar asing yang sentiasa mengugut atau
menakut-nakutkan anda.
Akhirnya kami menantikan satu kebijaksanaan baharu dari anda dalam keadaan kami terus tenang dan baik sangka kepada anda.
HASANUDDIN MOHD YUNUS
Naib Presiden
Parti Amanah Negara
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan