Kenyataan IGP biarlah betul betul profesional dan berwibawa

Oleh YB HANIPA MAIDIN

Apabila saya membaca beberapa kenyataan Ketua Polis Negara berhubung isu seorang peguam senior dikatakan menerima RM 9.5 juta daripada dana yang ada kaitan dengan 1MDB, saya rasa nanpak seperti tidak wujudnya keseriusan untuk menyiasat dakwaan Sarawak Report tersebut.

2. Bila IGP meminta Claire untuk datang ke Malaysia dan tunjukkan bukti tapi dalam masa yang sama tidak boleh jamin laluan selamat ke atas Claire ,sudah tentu ia membentuk persepsi bahawa saksi penting itu seolah olah tidak dialu- alukan ke Malaysia untuk bantu siasatan.

3. Saya tidak pasti sama ada kertas siasatan (IP) telah dibuka oleh polis ke atas kes ini. Jika belum, ia suatu yang pelik. Jika sudah, sepatutnya proses siasatan sudah dimulakan.

Ya, Claire adalah saksi penting. Tapi jika sekalipun Polis mungkin belum dapat mengambil keterangan beliau kerana kedudukan geograpi yang menyukarkan, polis masih boleh teruskan siasatan dengan mengambil kenyataan daripada peguam senior itu, Peguam Negara dan Perdana Menteri. Pada hemat saya, keterangan mereka bertiga adalah penting dan wajar diambil untuk membantu siasatan.

4. Jika pun Clare mungkin sukar nak datang ke Malaysia kerana IGP tidak boleh jamin keselamatan beliau, mengapa pula IGP tidak boleh arahkan polis untuk ke London untuk ambil keterangan Claire. Isunya nak ke tak nak?

5. Saya rasa IGP tidak boleh ketepikan begitu sahaja pendedahan Claire sebagai khabar angin kerana seperti Claire katakan,fakta yang didedahkan oleh Sarawak Report yang IGP mengenali suspek utama kes rasuah di Melaka dan keluarga beliau ada hubungan persahabatan dengan gengster pusat judi dan urut diakui oleh IGP sendiri.

6. Justeru itu,nasihat saya kenyataan IGP biarlah betul betul profesional dan berwibawa bukan macam standard kenyataan ketua balai polis kampung sahaja.

YB HANIPA MAIDIN
Pengerusi Kanun
AMANAH Nasional
Ahli Parlimen Sepang
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan