Sememangnya suasana politik dalam negara tidak pernah sunyi dengan
isu-isu panas, sensasi dan kontroversi yang sentiasa sambung menyambung
dari satu bab ke satu bab yang lain.
Beberapa minggu lalu suhu
politik dihangatkan dengan isu kedudukan tiga exco PAS dan juga
ahli-ahli PAS yang dilantik dalam pentadbiran kerajaan Selangor apabila
PAS secara rasmi memutuskan kerjasama politiknya dengan Parti Keadilan
Rakyat (PKR).
Bagaimanapun isu tersebut boleh dikatakan sudah selesai
atau ‘sejuk’ sebaik sahaja Menteri Besar, Dato’ Seri Azmin Ali
memutuskan untuk mengekalkan PAS dalam kerajaan negeri sehingga
berakhirnya mandat yang diberikan oleh rakyat.
Kini disambung
pula dengan isu yang tidak kurang panas dan sensasinya melibatkan
‘perang’ antara seorang ahli akedemik, Dr Kamarul Yusuf dengan pimpinan
DAP dan tidak semena-mena turut melibatkan pimpinan daripada Parti
Amanah Negara (PAN).
Isu ini sangat menarik perhatian kerana
sekurang-kurangnya dua sebab, pertama ia secara langsung menyentuh isu
apa yang dinamakan gerakan kristianisasi dan kedua ia memperlihatkan
sikap pemimpin DAP dan PAN yang sangat kontra dengan imej yang cuba
mereka tonjolkan selama ini. Perlu diingatkan pemimpin kedua dua parti
ini merupakan pihak yang kononnya lantang bersuara tentang kebebasan,
hak asasi, ke terbukaan dan seumpamanya.
Isu gerakan
kristianisasi bukanlah suatu yang baru diperkatakan dalam negara ini,
sejak tahun 80an lagi atau mungkin lebih awal ia telah mengundang
kontroversi serta menjadi antara isu serius yang dipantau rapat oleh
kalangan kumpulan-kumpulan Islam sama ada parti politik ataupun
Badan-badan bukan kerajaan (Ngo) atau pertubuhan dakwah.
Bagi
beberapa orang pemimpin PAN tentunya lebih maklum tentang perkara itu
kerana mereka merupakan antara yang lantang mengangkat isu gerakan
kristianisasi pada era tersebut ketika berada dalam kempimpinan pemuda
PAS.
Walaupun Malaysia mempunyai peraturan ataupun undangundang
khusus yang menyekat gerakan kristianisasi ini daripada menular namun
realitinya ia terus mengundang keresahan dan kebimbangan majoriti umat
Islam di Malaysia dengan perkembangan demi perkembangan yang berlaku.
Justeru tidak hairanlah mengapa isu yang bermula dengan ulasan Dr
Kamarul terhadap (sebahagian) tulisan dalam buku ‘Becoming Hannah’ yang
dimuatkan dalam laman facebook beliau itu sangat cepat mendapat
perhatian.
Isu itu kemudiannya berkembang pula dengan pelbagai
pendedahan demi pendedahan serta maklumat-maklumat baru, juga mengundang
penglibatan pihak lain yang menjadikannya semakin menarik.
Bagi yang mahu mengikuti lebih terperinci isu ini bolehlah menjenguk sendiri ke facebook Dr Kamarul.
Manakala faktor kedua, kerana dikalangan pemimpin DAP dan yang lebih
menghairankan lagi pemimpin PAN, telah memperlihatkan suatu sikap yang
sangat luar biasa dalam reaksi mereka terhadap Dr Kamarul.
Individu dari kedua-dua parti tersebut yang tampil mengulas atau
‘menyerang’ Dr Kamarul pula bukanlah dari kalangan biasa-biasa dari
kelompok bawahan sebaliknya melibatkan kepimpinan tertinggi atau
pimpinan kanan mereka.
Mereka tampil dengan wajah yang sangat
buruk dalam melawan hujah-hujah Dr Kamarul sehingga ada yang
mengeluarkan kata-kata kesat, melabel, melakukan pembunuhan karakter,
memesongkan fakta dan sebagainya.
Lebih lucu lagi apabila ins
titusi pendidikan yang menjadi tempat Dr Kamarul mencurahkan baktinya
turut dikaitkan dalam hujah-hujah mereka.
Seorang penulis blog
yang mengikuti isu ini dari awal telah merekodkan sekurang-kurangnya 18
artikel dalam masa empat hari (mungkin kini jumlahnya makin bertambah)
telah diterbitkan oleh sebuah portal berita yang dikenali pro Pakatan
Harapan yang beliau sifatkan untuk ‘kondem’ Dr Kamarul.
Sikap
pimpinan kedua-dua parti politik itu dan para pembantunya yang
seolah-olah telah hilang kewarasan inilah sebenarnya antara faktor yang
menarik ramai orang untuk mengikuti isu ini selain menimbulkan persoalan
lebih besar ‘apakah sebenarnya disebalik isu ini’ sehingga ia terpaksa
ditanggani sebegitu rupa walhal lawan yang mereka hadapi ha nyalah
seorang ahli akademik yang berada nun jauh di utara.-Editorial harakah
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)

0 comments:
Catat Ulasan