1. Dalam kitab fiqh moden, biasa saja ditemui pendirian penulisnya yg menerima satu atau lebih pandangan ulama dan menolak satu atau lebih pandangan ulama yg lain.
2. Misalnya, Syeikh Wahbah az-Zuhaili berkata, "Aku tidak berasa tenang utk meninggalkan membaca al-Fatihah dalam solat secara mutlak."
3. Padahal para ulama Hanafiyyah tidak menjadikan membaca al-Fatihah sebagai rukun dalam solat dan boleh meninggalkannya terus.
4. Maksudnya, Syeikh Wahbah tidak selesa utk beramal dgn pandangan ulama Hanafiyyah dlm perkara itu.
5. Tidak ada pula orang yg kata Syeikh Wahbah persenda ulama Hanafiyyah.
6. Jadi, apabila ada mufti yg selesa dgn suatu pandangan dan menerimanya, dan tidak menerima pandangan yg lain, itu bukan bermaksud persendaan.
7. Mungkin pada pandangan mufti itu, pandangan itu lebih membawa maslahah dlm realiti negeri yg dimuftikannya.
8. Mufti yg lain pula berpandangan, itu tidak menepati maslahah di negeri yg dia muftikan.
9. Kedua-dua mufti yg berbeza itu memahami situasi dan disiplin perbezaan yg menjadi asas perbezaan pegangan mereka.
10. Masalahnya ialah pengikut mufti-mufti itu yg lebih mangkuk drpd bubur.
11. Lebih parah lagi, ada pihak yg jahat yg sengaja melaga-lagakan kedua-dua pihak yg berbeza pandangan itu utk mencari populariti.
12. Relaks, bertenang, tekuni isu dengan baik, berlapang dada akan menjadikan kita bebas drpd taksub kpd individu tertentu.
13. Tak gitu ke lebai...?

Saya amat bersetuju dengan pandangan Ustaz. Berbeza pandangan itu adalah lumrah selagi ianya tidak bercanggah dengan maksud sebenar Al Quran & Sunnah Rasulullah SAW. Ianya akan menghindarkan kita untuk terlalu taksub dan wala' yang berlebihan kepada individu. Islam itu indah dan mudah, tetapi jangan lah terlalu dipermudahkan tanpa ilmu dan dalil.
BalasPadam