PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini
mengkritik kerajaan dan tertanya adakah berbilion ringgit yang akan
dilaburkan di Amerika Syarikat “pinjaman” kepada kerajaan.
“Pekerja mungkin mahu tahu terma-terma pinjaman itu.
“Cara kerajaan menguruskan 1MDB tidak meyakinkan rakyat yang kerajaan
mahir menguruskan duit. Jika kerajaan gagal membuat keuntungan,
bagaimana kerajaan akan membayar balik pinjaman daripada pekerja itu,”
katanya di blog.
Dalam kunjungan ke Rumah Putih, Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak memberitahu Presiden Donald Trump yang Malaysia Airlines akan
membeli 25 pesawat Boeing 737 dan 8 Boeing 787 Dreamliners, dan 25
pesawat 737 lagi akan dibeli pada masa depan.
Najib berkata urusjanji itu akan bernilai lebih AS$10 bilion dalam masa 5 tahun.
Pada mesyuarat yang sama, beliau berkata Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) akan membelanjakan AS$3 bilion hingga AS$4 bilion untuk
pembangunan prasarana AS.
Dr Mahathir berkata pekerja tentu sekali menyokong Najib menggunakan wang persaraan mereka untuk “memperkaya golongan kaya AS”.
“Saya percaya mereka tidak kisah wang mereka dibelanjakan dalam kemurahan hati itu,” katanya.
“Ketika ini, kerajaan nampaknya tidak ada wang. Malaysia Airlines juga bukanlah syarikat paling menguntungkan di dunia.
“Soalnya, adakah AS$10 bilion ini akan dipulangkan atau akan hilang seperti wang 1MDB?”
Mengambil maklum semua perkara “ada hargaya”, beliau berkata
kunjungan Najib ke AS akan tercatat dalam sejarah sebagai “contoh
terbaik bagaimana yang miskin boleh membantu yang kaya”.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan