Mangkuk Tingkat Dan Bina Semula Negara

Oleh Rafizi Ramli 

Semasa saya mula-mula mahu menubuhkan sebuah organisasi yang menggembleng tenaga rakyat biasa untuk menjayakan #ProjekBuangNajib, ramai yang tidak yakin.

Mereka rasa rakyat Malaysia hanya tahu bising dan meluahkan kemarahan di media sosial, tetapi tidak mahu mengorbankan sedikit pun masa mereka untuk membantu.

Ada juga sahabat yang merasakan golongan pertengahan dari bandar (urban middle class) adalah yang paling bising menyalahkan semua pihak tetapi tidak mahu keluar dari zon selesa (“comfort zone”) mereka.

Saya rasa pandangan begitu ada benarnya.

Tetapi ramai juga yang membuktikan rakyat Malaysia sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menukar kerajaan untuk #BinaSemulaNegara

Contoh yang paling baik ialah Encik Lim. Setiap hari selepas waktu kerja beliau dan isteri akan datang dengan membawa mangkuk tingkat untuk menjalankan kerja kempen sukarela menelefon pengundi atas pagar di kawasan-kawasan parlimen dan DUN marginal yang dikenal pasti.
INVOKE Malaysia telah mengenal pasti pengundi-pengundi yang akan beralih undi kepada Pakatan Harapan di kawasan-kawasan strategik ini.

Tugas seorang sukarelawan ialah menelefon pengundi-pengundi ini menggunakan skrip yang telah disediakan.

Encik Lim telah menelefon hampir seribu orang pengundi atas pagar seperti ini di beberapa Parlimen dan DUN yang kami tumpukan.

Beliau akan berhenti makan dengan bekalan yang disediakan isteri yang dibawa dengan mangkuk tingkat itu.

Beliau tahu beliau tidak perlu jadi ahli politik untuk mengubah negara. Beliau tahu membenci rasuah dan penyelewengan tetapi tidak diikuti dengan sedikit usaha tidak membantu sesiapa, malah akan mengekalkan Dato’ Seri Najib.

Jadilah seperti Encik Lim dan isteri - sertai INVOKE dan jadi sukarelawan kempen secara senyap yang menelefon beribu pengundi atas pagar yang telah dikenalpasti di seluruh negara.

Kerja kempen seperti ini berlaku setiap minggu di berpuluh-puluh pejabat lapangan INVOKE dan markas kempen @pakatanharapanrasmi di seluruh negara.

Daftar sekarang di http://bit.ly/JOMJOININVOKE untuk sama-sama membantu seperti Encik Lim dan isteri.

Rafizi Ramli
INVOKE Malaysia
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan