Bekas Mufti Masuk PAS ?

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
1. Beberapa hari selepas dia tidak jadi mufti, saya jumpanya di DIY Arau. Kami memang kenal dan biasa berbual panjang pasal pengurusan sekolah suatu ketika dulu. Dia ramah, mudah mesra dan merendah diri.

2. Saya salami beliau dan saya ciumi tangannya. Saya sangat hormati beliau sebagai seorang alim, terutama dalam bidang hadis. Kalau saya dengar dia nak berkhutbah Jumaat di masjid Kodiang, saya pasti ke situ.

3. Saya sukakan khutbahnya yg bersahaja, ringkas, mudah faham tapi padat. Bacaan al-Qurannya sangat baik. Lidahnya memang lidah Arab dengan suaranya yg jelas dan lepas. Ralit betul saya apabila dia imamkan solat Jumaat.

4. "Beli apa ustaz?" Sapa saya. "Dok cari barang sikit", jawabnya. "Anta cari apa?" Dia tanya saya. "Cari mertun nak menukang sikit", saya jawab. "Anta minat menukang noo...", katanya. "Bolehlah sikit-sikit...", saya balas.

5. Sehari dua ni saya dengar dia masuk Pas. Entah betul entah tidak. Orang Pas seronok. Saya tak terasa apa-apa pun, sebab saya tahu bekas mufti tersebut bukan orang politik. Dia masuk dgn tak masuk, sama saja.

6. Pas parti politik, sama macam parti politik lain. Bekas mufti dan bekas MB pernah masuk Pas. Ada yg masuk tak keluar dan ada yg masuk kemudian keluar. Orang yg masuk tak semestinya lebih Islam drpd yg keluar.

7. Ada mufti yg jadi ahli Umno, tapi Najib selamba saja rembat duit 1MDB. Rosmah pula shopping tanpa ambil kisah ada mufti atau tidak dalam Umno. Mufti Umno tak mampu kekang kejahatan Umno sama seperti Umno tak jadi lebih baik dgn adanya mufti.

8. Di Kelantan, selamba saja kerajaan Islam itu beri kawasan balak kpd tiga syarikat yg dimiliki oleh orang yg sama, kemudian khabarnya duit komisen anugerah kawasan balak diguna utk beli tanah yg masih berstatus pertindihan tuntutan.

9. Dalam Pas Kelantan tak ada ulama? Di Perlis pun ada ulama no 1 Pas, tapi selamba saja orang muda Pas label bapanya murtad apabila bapanya masuk Amanah. Maksudnya, ada manusia mcm mana pun dlm Pas, begitu jugalah keadaannya.
10. Adakah Pas akan jadi lebih baik dgn kemasukan bekas mufti itu? Entahlah, tetapi berdasarkan pemerhatian, selagi Pas dibarisi oleh pemimpin yg perasan diri mereka suci, tak banyak dosa, melihat orang yg tak serupa dgn mereka sebagai kotor, sukar berlapang dada...
11. Pembaca sambunglah sendiri ayat terakhir itu. Kepada bekas mufti itu, saya tetap sangat menghormati beliau sebagai orang alim, dan jika berpeluang saya ingin mengambil al-Bukhari dari basahan lidahnya
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan