Parti Perasaan Suci Buat Kerja Memalukan Orang Islam

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

1. Pakai jubah, serban, ketayap, bersyarah baca Quran, hadis, ada title ustaz, tapi ajak dan provok orang ramai buat kerja gugat keharmonian masyarakat.

2. Kalau ia pun, sabarlah. Tunggulah sehingga kes mahkamah selesai sepenuhnya. Usah gunakan solat, urusan ibadat paling mulia utk jadi alat politik balas dendam.


3. Banyak lagi tempat lain yg boleh guna utk berhimpun dan solat hajat. Kenapa tak contohi Tok Guru yg buat di stadium? Itu kan lebih harmoni. Atau buat saja dimana-mana masjid. Itukan lebih manis?

4. Kenapa begitu bersusah-payah ajak orang ramai bersolat di atas tanah yg masih menjadi pertikaian. Solat itu kerana Allah atau kerana nak balas dendam?

5. Quran sebut, solat boleh mencegah mungkar. Tapi kalau solat utk tujuan provokasi, itu mencegah mungkar atau mengundang mungkar? Semenjak bila pula solat boleh dijadikan bahan provokasi?

6. Mujur orang Amanah masih rasional, membiar dan tidak bertindak balas. Bayangkan jika berlaku sebaliknya, bukankah itu mengundang perbalahan? Jika berlaku begitu, apa untungnya rakyat?

7. Pas perlu fokus agenda membela rakyat. Jika mahkamah putuskan semuanya milik Pas, apa yg rakyat Kelantan akan dapat dgn kemenangan itu? Terbelakah nasib rakyat Kelantan dgn kemenangan itu?

8. Pas perlu sedar dia jadi kerajaan di Kelantan. Buatlah kerja yg sesuai dgn kedudukan sebagai kerajaan. Kerja solat hajat atas tanah utk tujuan provokasi sebegitu tak sesuai dgn kedudukan sebagai kerajaan.

9. Apa-apa pun, rakyat Kelantan memerhati. Dan, tak mustahil mereka semakin jemu dgn Pas.
Teringat kejadian semasa saya sedang menyantap di Stesen Bas Kota Bharu beberapa bulan yg lalu...

10. Seorang lelaki berkata, "Ambo ore Pah, tapi ambo tok sey undi Pah doh kali ni...!" Dia tak kenal pun saya, dan saya pun tidak bertanya pendirian politiknya, tapi itulah luahan hati orang Kelantan.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments: