PETALING JAYA: Penyanyi popular Sheila Majis menarik perhatian warga
Internet hari ini apabila beliau mengeluh kos hidup yang tinggi dan
nilai ringgit yang lemah di Twitter.
“Makanan mahal, ringgit lemah, kos sara hidup tinggi & pekerjaan sukar didapati.
“Rakyat Malaysia semakin letih & marah kerana dihimpit hutang yang bukan kita cipta.
“Cukuplah beralasan & cari kesalahan. Tumpu pada tugas meletakkan
negara kembali ke landasan! Mengecewakan!” kata selebriti popular itu
di perkhidmatan rangkaian sosial itu.
Catatan Sheila diulang siar lebih 2,800 kali dan disukai lebih 1,600
orang. Ia turut menerima 70 komen 4 jam selepas dimuat naik.
Meskipun kebanyakan komen menyokong pandangannya, ada juga yang
mempertikaikan gaya hidup beliau dan mencadangkan yang Sheila tidak
memahami kesukaran hidup akibat kos sara hidup yang tinggi, ringgit yang
lemah dan kekurangan peluang pekerjaan.
Antara mereka yang menyuarakan sokongan pada catatan Sheila itu ialah Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Satu per satu ikon Malaysia bersuara demi masa depan negara. Dari
@fatiyalatiff , @aznilnawawiHM dan sekarang Sheila Majid. Anak muda
khususnya kena berani kehadapan. Masa depan terletak di tangan anda.
Kalau bukan kita, siapa lagi? Terima kasih @SheilaMajid,” kata bekas
perdana menteri itu.
Bagaimanapun, seorang pengguna PPTU The Return menulis: “Tapi
sekarang ringgit semakin pulih, stabil dan lebih baik daripada 2 tahun
sebelum ini. Tak suka ker tengok nilai ringgit kita sedang pulih?”
Seorang lagi penggu
na Twitter, Affif, menjawab: “tapi ringgit sebelum ni 3.2…dan memuncak pada 2.8. Macam mana tu?”
Ada juga yang menyerang gaya hidup Sheila dan berkata sebagai seorang penghibur, Sheila tidak merasai susah.
“Kehidupan anda sekarang tidak kelihatan seperti anda sedang menderita. Adakah anda menderita?” kata ShimaSamatOfficial.
Ada pula yang meminta penyany itu hanya tumpu kepada bidang nyanyian.
Sheila, yang terkenal dengan lagu Antara Anyir Dan Jakarta dan
Sinaran, bukan satu-satunya selebriti yang bercakap di media sosial
mengenai kos sara hidup yang tinggi.
Baru-baru ini, pelakon Fathia Latiff mempersoalkan mengapa baru hanya
sekarang siasatan dijalankan ke atas kerugian urus niaga mata wang
asing yang dialami Bank Negara Malaysia pada 1990-an.
Beliau juga berkata siasatan perlu dijalankan ke atas wang yang didepositkan ke akaun peribadi “individu-individu tertentu”.
Twit beliau itu mengundang peringatan daripada pegawai perdana
menteri, Datuk Rizal Mansor, yang mengingatkan golongan artis jangan
jadi alat pembangkang.
Rizal berkata berdasarkan apa yang berlaku pada pilihan raya umum
2013, golongan artis sekadar digunakan untuk ceramah dan kemudian
dilupakan selepas pilihan raya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan