WASHINGTON: Presiden Donald Trump semalam mengundur semula dasar
berdekad lama Amerika Syarikat (AS) dengan mengiktiraf Baitulmaqdis
sebagai ibu negara Israel, langkah yang bakal mengancam proses keamanan
Timur Tengah dan mengecewakan rakan dan musuh AS.
Trump mengumumkan pentadbirannya akan memulakan proses memindah
kedutaan AS di Tel Aviv ke Baitulmaqdis, yang dijangka ambil masa
bertahun. Tindakan itu tidak pernah diambil oleh presiden terdahulu
untuk mengelakkan ketegangan.
Baitulmaqdis adalah kota suci bagi ramai penduduk Islam, Yahudi dan
Kristian, dan statusnya menjadi cabaran terbesar dalam mencapai
persetujuan damai antara Israel dan Palestin.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyambut pengumuman Trump
sebagai “peristiwa bersejarah” tetapi hubungan rapat AS dengan negara
lain seperti Britain dan Perancis menjadi kritikal.
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata AS melepaskan peranannya
sebagai orang tengah dalam inisiatif damai, dan puak sekular dan Islamis
menyeru mogok dan perhimpunan diadakan pada hari ini.
Masyarakat antarabangsa tidak memperakui kedaulatan Israel ke atas
seluruh bandar Baitulmaqdis kerana percaya status itu patut diselesaikan
menerusi rundingan. Tiada negara lain mempunyai kedutaan mereka di
Baitulmaqdis.
Keputusan Trump memenuhi janjinya pada kempen pilihan raya presiden
dan akan menggembirakan pihak konservatif dan evangelis Republikan, yang
menjadi sebahagian besar daripada jumlah penyokongnya.
“Saya sudah tentukan, sudah tiba masa untuk memperakui Baitulmaqdis
secara rasmi sebagai ibu negara Israel,” kata Trump pada ucapannya di
Rumah Putih.
“Walaupun presiden terdahulu membuat perkara ini satu janji kempen,
mereka gagal melaksanakannya. Hari ini, saya melaksanakannya.”
Keputusan Trump berisiko membangkitkan ketegangan di rantau yang sudah pun bergelut dengan konflik di Syria, Iraq dan Yaman.
Bantahan tercetus di sekitar ibu negara Jordan, Amman, yang didiami
oleh pelarian Palestin dan ratusan pembantah berkumpul di luar konsulat
AS di Istanbul.
Israel menganggap Baitulmaqdis sebagai ibu negara mutlaknya dan mahu
semua kedutaan berpangkalan di sana. Rakyat Palestin mahu Baitulmaqdis
berada pada sektor timur bandar itu yang ditawan Israel dalam perang
Timur Tengah pada 1967 iaitu satu langkah tidak pernah diperakui seluruh
dunia.
Menurut Netanyahu, sebarang perjanjian damai dengan Palestin haruslah
menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang mana memang
tidak dipersetujui Palestin jika perjanjian itu bermaksud seluruh bandar
itu dikawal sepenuhnya oleh Israel.
Keputusan Trump itu juga membangkitkan keraguan tentang kebolehan
pentadbirannya untuk meneruskan inisiatif damai yang diketuai berbulan
lama oleh menantu lelaki yang juga penasihat kanannya, Jared Kushner, di
mana ianya disasarkan untuk mewujudkan kembali rundingan yang sudha
tertangguh lama itu.
Tiada sebarang petunjuk menunjukkan Trump meminta Netanyahu apa-apa
balasan apabila beliau memberitahu pemimpin Israel itu tentang
keputusannya pada Selasa, menurut sumber yang mengetahui perkara itu.
Tetapi Aaron David Miller, bekas perunding Timur Tengah untuk
pentadbiran Republikan dan Demokrat, berkata Trump yang berbangga
menggelar dirinya sebagai perunding hebat, mungkin sedang mewujudkan
satu platform untuk meminta konsesi Israel nanti.
“Ini mungkin kes di mana Trump meletakkan sedikit madu sekarang untuk
menunjukkan kepada rakyat Israel beliau presiden paling berpihak pada
Israel, namun selepas ini beliau akan meletakkan sedikit cuka,” katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan