Hisbah Centre of Reform (Hisbah) dijangka akan mengumumkan calonnya
untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dalam waktu
terdekat ini.
Timbalan Pengerusinya Syed Nazarudin Syed Aziz berkata, dengan
meletakkan calon bermakna Hisbah akan terus memainkan peranan kecil di
dalam mempastikan perjuangan melawan kerajaan kleptokrat berjaya.
“Hisbah ingin menjelaskan bahawa keputusan pembahagian kerusi
Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang dimuktamadkan baru-baru ini tidak
memberi kesan kepada keputusan Hisbah untuk bertanding di satu kawasan.
“Ini kerana Hisbah bukan sebahagian daripada PH dan kami tidak pernah
dilibatkan di dalam sebarang bentuk kerjasama dan persefahaman bersama
PH,” ujarnya dalam kenyatana hari ini.
Sebelum ini Hisbah dalam satu kenyataan telah menyatakan kesediaan Pengerusinya Datuk Mohamed Ezam Mohd Nor (gambar) untuk menjadi calon pilihan raya sama ada di Pekan dan Shah Alam dengan bekerja sama dengan PH atau Pas.
Bagaimanapun kini Hisbah akan meletakkan seorang calun bebas
mewakilinya di dalam satu kawasan parlimen dan dalam peringkat akhir
mengenalpasti kawasan paling sesuai untuk memberi impak maksima kepada
perjuangan institusi yang memerangi rasuah itu.
Tambah Syed Nazaruddin lagi , Ezam sendiri akan mengumumkan secara
rasmi keputusan Hisbah dalam satu majlis yang akan diadakan dalam waktu
terdekat ini.
“Pengerusi Hisbah sendiri akan mengumumkan secara rasmi keputusan
rasmi Hisbah (calon pilihan raya) ketika melancarkan buku terbaru Hisbah
mengenai rasuah al ghulul dan kecurian wang negara sedikit masa lagi.
“Kami juga sedia maklum terdapat tuduhan liar dilemparkan kepada Hisbah atas keputusan kami ini.
“Pertamanya, kami sedikitpun tidak terkesan kerana sudah lama dan lali dengan situasi seperti ini didalam perjuangan.
“Keduanya, sebarang keputusan kami berasaskan kepada prinsip
kepentingan agama dan negara dan tidak sama sekali berasaskan
kepentingan mana-mana pemimpin dan individu,” ujarnya.
Justeru katanya lagi,perjuangan Hisbah akan tetap fokus kepada
usaha-usaha menyedarkan rakyat khususnya orang Melayu Islam terhadap
kewajiban bangkit melawan pemimpin yang jelas korup dan rasuah.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan