Oleh Wan Syamsul Amly
KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO dipertikai kerana terlampau
sibuk dengan isu Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menjadi pemimpin di
dalam Pakatan Harapan (PH).
Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan
Sri Dr Rais Yatim berkata, parti Melayu itu seharusnya lebih terarah
kepada usaha menyelesaikan isu kehidupan berbanding memikirkan hal
berkenaan Pengerusi PH itu.
"Dalam UMNO sibuk dengan soalan
kenapa Dr Mahathir disyorkan menjadi pemimpin Harapan. Kenapa tidak
selesaikan sahaja isu-isu kehidupan?" soalnya di dalam catatan terbaharu
di laman Twitternya.
Sebelum ini PH bersetuju menamakan Dr Mahathir calon perdana menteri
sekiranya mendapat mandat rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan
selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.
Pakatan
Pembangkang itu juga bersetuju menamakan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri.
Sejurus
selepas dinamakan calon perdana menteri PH, Dr Mahathir juga berharap
keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim melupakan perkara yang lepas dan
sebaliknya menumpukan usaha memenangi PRU14.
Ramai pemimpin UMNO
memberikan reaksi mereka yang kebanyakannya melihat keputusan PH satu
langkah mengambil pemimpin 'kitar semula'.
Ketua Pemuda UMNO,
Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut menyifatkan ketidakstabilan politik
pada kepimpinan PH boleh mengakibatkan jumlah pelabur asing merudum
sekali gus menjejaskan ekonomi negara.
Dalam pada itu, Rais menegur sikap segan pihak tertentu yang tidak
menegur parti komponen Barisan Nasional (BN) kerana tidak peduli kawasan
masing-masing.
"Ramai yang segan hendak tegur parti-parti
komponen BN yang langsung tidak buat kerja rumah di kawasan
masing-masing," jelasnya.
Sebelum ini, Timbalan Pengerusi BN,
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta parti komponen BN menghormati
keputusan pucuk pimpinan dalam menentukan pembahagian kerusi dan calon
bagi PRU14.
Ahmad Zahid berkata Pengerusi BN Datuk Seri Najib
Razak dan beliau akan meneliti setiap calon yang dikemukakan oleh parti
komponen dengan keputusan muktamad akan dibuat oleh Najib.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan