Timbalan Pengerusi AMANAH Pahang, Syed Hamid Syed Mohamed berkata, masyarakat Cina di kawasan Parlimen Temerloh menyambut
baik dan menyokong perisytiharan Pakatan Harapan (PH) yang menamakan Tun
Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri (PM) sekiranya PH berjaya
mengambil alih Putrajaya pada PRU14 nanti.
Perisytiharan itu dibuat oleh PH dalam konvensyen yang diadakan Shah
Alam minggu lalu. Dalam perisytiharan itu Tun M dinamakan calon PM dan
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM).
Menurut Syed Hamid, masyarakat Cina kebanyakannya terdiri daripada
orang berniaga dan dalam keadaan ekonomi sekarang lebih-lebih lagi
setelah sistem cukai GST dilaksanakan, kesemua itu sangat membebankan
mereka.
Kebanyakan mereka merasakan polisi-polisi berkaitan GST yang
dikenakan ke atas peniaga-peniaga menyulitkan dan tidak membantu
menyuburkan perniagaan.
“Ada peniaga yang sudah berumur, yang tidak tahu menggunakan
komputer, kini terpaksa menggajikan seseorang untuk menguruskan hal-hal
berkaitan GST ini sedangkan pendapatan hasil perniagaannya tidaklah
seberapa.
“Malah ada peniaga yang terpaksa tutup kedai,” kata Adun Kuala Semantan itu
Hal ini berbeza sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi PM dahulu dan mereka
yang telah melalui zaman tersebut dapat membandingkan dengan keadaan
ekonomi di bawah pemerintahan Najib Tun Razak sekarang, kata beliau.
Selain itu, janji PH untuk menghapuskan GST dalam masa 100 hari jika
PH memerintah negara, turut memberikan harapan dan kelegaan kepada
mereka, katanya.
Kata beliau lagi, pengundi Cina mewakili peratus yang besar dalam
Parlimen Temerloh dan bakal memberikan impak siginifikan pada keputusan
pilihan raya kawasan parlimen itu nanti.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan