SEMANGAT dan harapan yang diberikan oleh orang ramai kepada Pakatan
Harapan (PH) untuk mengambil alih kerajaan daripada terus dikuasai UBN
boleh jadi sedikit terganggu dengan perkembangan yang berlaku
akhir-akhir ini.
Tampaknya PH masih belum dapat mengunci diri serapat-rapatnya daripada
dijenguk masuk oleh musuh ke dalam rumahnya walaupun parlimen akan
dibubarkan bila-bila masa sahaja. Sepatutnya PH terus memperketatkan
kunci rumah daripada dimasuki sebarang unsur boleh merobek dan
memusnahkannya dan bersiap siaga dari setiap penjuru dan keadaan.
Apa yang berlaku, pertikaian dan dakwa mendakwi kini menyebabkan timbul
keraguan kepada orang ramai apakah PH sebuah komponen berwibawa.
Kebantrakan PH di sana sini mengesahkan apa yang didakyah oleh UBN
selama ini. PH harus segera membendung kekalutan ini dari menjadi lebih
luas lagi.
Pertelingkahan dalam pembahagian kerusi di antara parti komponen kini
melatari ruang siasah negara dan menjadi riuh randah. Situasi ini
menjadikan rakyat tiba-tiba panasaran dengan PH. Bersimpul persoalan di
kepala apakah PH ini benar-benar bersedia. Pihak UBN tentu seronok
dengan perkembangan yang berlaku. Kelemahan dalam parti itu termasuk
isu-isu dan skandal dikaitkan dengan Najib Razak terlindung dari mata
rakyat dengan "kekalutan" dalam PH itu.
Dalam sesebuah peperangan selain daripada senjata dan logistik diperlukan, keutuhan dalaman juga sangat penting. Kepaduan itu dapat dicapai kalau semua bala tentera atau pasukan sehati sejiwa.
Mengenai pembahagian kerusi ini, pembahagian 186 kerusi parlimen di
Semenanjung di kalangan komponen PH sudah pun selesai. Maufakat
pembahagian kerusi itu telah dibuat dan sepatutnya ia tidak meletakkan
PH dalam berhadapan dengan isu baru seperti masalah pengagihan kerusi di
peringkat Dun.
Namun malangnya kekalutan timbul dalam pembahagian kerusi-kerusi diperingkat Dun.
Walaupun tidak semua negeri bermasalah, tetapi ada pertelingkahan
berlaku. Pertelingkahan itu sebenarnya perkara biasa yang tidak perlu
digusarkan sangat. Kenapa ia berlaku kerana masing-masing sudah
membayangkan kemenangan. Jika PH tidak ada harapan untuk menang, rasanya
tidak ada siapa yang menuntut kerusi lebih dan mempersoalkan bila ia
kurang.
Siapa yang mahu berdagang kalau tidak mahu mendapat untung? Dan selalunya kaki judi akan minat untuk berjudi apabila perasaannya digodam dengan kepercayaan akan menang.
Siapa yang mahu berdagang kalau tidak mahu mendapat untung? Dan selalunya kaki judi akan minat untuk berjudi apabila perasaannya digodam dengan kepercayaan akan menang.
Suasana itu sesuatu yang positif sebenarnya. Jika tidak ada
pertelingkahan ia bukan menggambarkan PH sebagai sebuah parti telus,
terbuka dan dinamik cuma kurang disiplin. Perebutan kerusi itu kerana
masing-masing sudah dapat membayangkan kemenangan.
Dalam hal ini sukacita dirujuk kepada apa yang berlaku di Selangor
ketika ini. Umum tahu negeri Selangor adalah negeri diletak sebagai
pengeras semangat kepada PH selain negeri Pulau Pinang. Juteru negeri
ini menjadi tumpuan utama.
Begitu juga UBN meletakkan Selangor sebagai mercu tanda perjuangan untuk mengekalkan kekuasaannya. Kenapa UBN menjadi "sinting" ialah kerana gagal dan hilang formula untuk merampas Selangor semula.
Begitu juga UBN meletakkan Selangor sebagai mercu tanda perjuangan untuk mengekalkan kekuasaannya. Kenapa UBN menjadi "sinting" ialah kerana gagal dan hilang formula untuk merampas Selangor semula.
Sebab itu kedudukan Selangor sangat strategik. Semoleknya Kita tahu
semua pihak di Selangor dalam PH tidak mahu melepaskan negeri itu kepada
UBN. Maruah PH (sebelum ini Pakatan Rakyat) terletak di Selangor. Atas
matlamat dan harapan itu juga maka Pas yang sudah secara sahih tidak
bersama PH masih dilayan dengan baik oleh kerajaan Selangor, guna untuk
membantunya. Pas tetap juga bernostalgia kemenangannya bersama PR
dahulu.
Masa masih ada perbalahan belum begitu sengit. Apa yang berlaku mungkin kerana salah faham dan silap pengertian. Para pemimpin PH Selangor harus duduk bersama bagi mencari penyelesaian terhadap pertikaian masalah kerusi itu. Bukankah sudah ada formula untuk diselesaikan pembahagian kerusi, nah ikutlah formula tersebut. Jika kompas masih ditangan percayalah kita tidak akan mudah sesat.
Kelambatan Azmin selaku pengerusi PH Selangor membuat keputusan seperti didakwa itu mesti ada sebab sebab tertentu. Jangan hendaknya kelambatan itu dijadikan alasan mendesaknya sehingga berlaku perbalahan yang boleh merugikan semua pihak. Apa yang penting semua pihak dalam PH di Selangor bergerak bersama, bekerja untuk mengekalkan kerajaan Selangor dengan mengurangkan soal-soal keinginan peribadi. Jadilah Selangor gapura indah untuk PH mengorak langkah menerjah ke Puterjaya.
Apa dibimbangkan pertelingkahan dan keriuhahan di Selangor itu jika tidak dibendung ia dijadikan alasan oleh rakyat untuk mereka tidak mahu memilih PH. Jangan jadikan masalah perebutan kerusi itu menyebabkan rakyat akan membuat perkiraan PH tidak mempunyai wibawa untuk menjadi kerajaan sehinggakan mereka tetap berpaut kepada UBN. Jika rakyat sudah ada tanggapan ini maka sia-sialah gerakan untuk menawan Malaysia yang dimulakan berdekad sebelum ini.
Kepada ahli dan penyokong parti-parti komponen pula jangan mudah melatah sehingga membalun di antara satu sama lain. Batasi amarah anda dari diluahkan dalam media sosial. Cara dan perbuatan itu tidak memberi apa-apa kebaikan melainkan mengundang kerugian yang akhirnya dikesali di kemudian hari.
0 comments:
Catat Ulasan