'Bukan setakat nak pancing undi'


SHAH ALAM - Manifesto Pakatan Harapan yang dibentangkan baru-baru ini disifatkan sebagai manifesto berjiwa rakyat kerana ia  dirangka setelah penelitian dilakukan terhadap setiap masalah yang dihadapi rakyat.

Setiausaha Organisasi DAP Selangor, Eddie Ng Tien Chee berkata manifesto yang dilancarkan itu dijangka mampu meringankan beban ekonomi yang dihadapi rakyat.

“Manifesto ini bukan setakat nak pancing undi, ini manifesto ikhlas untuk tangani pelbagai masalah yang dihadapi di Malaysia.

“Masalah seperti rasuah yang telah menyebabkan banyak wang hilang akan diatasi dengan manifesto ini,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai penghapusan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam manifesto itu, Eddie Ng berkata, Pakatan Harapan akan menggunakan semula Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) bagi menggantikan GST.

“Dengan sekat kebocoran dan ketirisan yang berlaku dalam negara, ia akan bantu ekonomi negara selepas penghapusan GST,” katanya.

Baru-baru ini Pakatan Harapan melancarkan manifesto bertemakan ‘Membina Negara Memenuhi Harapan’ yang dianggap bersejarah kerana buat pertama kalinya menggabungkan empat parti dari PKR, Bersatu, Amanah dan DAP.

Lima teras utama digariskan dalam manifesto tersebut iaitu meringankan beban kehidupan rakyat, mereformasi institusi pentadbiran dan politik, merancak pertumbuhan ekonomi yang adil dan saksama, mengembalikan status Sabah dan Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 dan membina Malaysa yang inklusif, moderat dan gemilang di persada dunia.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan