Tsunami Melayu akan berlaku: Amanah


JOHOR BAHRU - Amanah percaya tsunami Melayu akan berlaku di Johor seperti dinyatakan badan pemikir Invoke berdasarkan kaji selidik dilakukan.

Setiausaha Organisasinya, Suhaizan Kayat berkata, tsunami Melayu bakal berlaku di negeri ini kerana Pakatan Harapan (Harapan) diterima di kawasan luar bandar yang belum pernah berlaku sebelum ini.

“Kawasan pendalaman pernah menyokong PR (Pakatan Rakyat) sebanyak lima peratus dalam PRU13 pun dah mula berubah.

"Saya berpandangan menteri besar sudah panik dengan tsunami politik orang Melayu menyebabkan beliau tak nampak perubahan,” katanya.

Suhaizan berkata, antara faktor lain adalah tidak pernah dalam sejarah Johor, pasukan menteri besar dipalitkan dengan isu rasuah selain Perdana Menteri sudah menjadi liabiliti kepada Umno-BN.

“Menteri Besar pun tidak percaya seratus peratus terhadap barisan exconya sebab sebahagian besar mereka adalah penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Selain itu, hormat masyarakat luar bandar terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sangat tinggi. Pengaruh Tun M lebih besar berbanding Perdana Menteri. Buktinya kehadiran Tun Mahathir di Johor dapat sambutan luar biasa,” katanya.

Beliau berkata, faktor lain tsunami Melayu akan berlaku di Johor adalah strategi pecah undi yang dibawa oleh Pas tidak berkesan di negeri ini kerana pengaruh Pas terlalu lemah.

Selain itu, katanya, muafakat pimpinan Harapan Johor sangat baik.

“Johor negeri terawal selesai agihan kerusi Dun,” katanya.

Terdahulu, kaji selidik berasingan terhadap 2,000 responden dilakukan Invoke menjangkakan berlakunya tsunami Melayu yang membawa kejayaan Harapan menawan Kedah, Perak dan Johor pada PRU14.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan