Manifesto Harapan bukan palsu


KOTA BHARU - Pakatan Harapan tidak sesekali gentar walaupun manifesto PRU14 komponen parti itu ditohmah kononnya ia hanya bersifat palsu semata-mata.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tanggapan negatif tersebut hanyalah perkara biasa, dan rakyat boleh membuat penilaian sebenar jika Harapan mentadbir negara nanti.

“Kalau bagi kami peluang, maka kami akan laksanakanlah. Kalau tidak ada peluang, (mereka) boleh cakap apa sahaja. Memang kita buat yang komprehensif. Kami boleh buktikan yang kami boleh lakukan 100 hari itu,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Pemimpin itu hadir dalam program yang dianjurkan Pakatan Harapan di Tunjong Banquet, di sini.

Wan Azizah berkata, pihaknya menyedari permasalahan yang dialami negara kini bukanlah satu perkara kecil, namun beliau tetap optimis ia akan dapat diselesaikan dengan baik jika peluang diberikan kepada mereka selepas ini.

Menurutnya, dengan hutang yang ditanggung negara, kejatuhan wang ringgit, harga minyak dan pelaburan yang memberi kesan bukanlah sesuatu yang mudah, namun Harapan tetap yakin mereka boleh melakukannya dengan baik.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan