PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang berkata masalah ekonomi negara yang
melanda hari ini berpunca daripada pemimpin yang berada dalam Pakatan
Harapan (PH).
Tanpa menamakan sesiapa, ahli Parlimen Marang itu berkata, masalah
ekonomi Malaysia hari ini berpunca daripada pemimpin yang memerintah
negara sejak “tahun 80-an”.
“Masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara, sama ada kerajaan atau
rakyat adalah peninggalan daripada pemimpin-pemimpin yang duduk dalam
Pakatan Harapan hari ini.
“Yang memerintah negara sejak tahun 80-an. Merekalah yang mewujudkan
masalah,” kata Hadi dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam portal
Harakahdaily hari ini.
Hadi dipercayai merujuk kepada Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir merupakan perdana menteri Malaysia dari 1981 hingga 2003.
“Bahkan kepada saya Umno yang memikul masalah ini masalah dibuat oleh mereka ini dulu.
“Dengan sebab itu PAS memperkenalkan konsep ta’awun,
bertolong-menolong dalam perkara baik dan tak tolong-menolong dalam
perkara kemungkaran,” katanya.
Menurut Hadi, PAS mengemukakan jalan penyelesaian kepada kerajaan dan terbuka sekiranya pandangan mereka diterima.
“Kalau kita jadi kerajaan, kita boleh praktikkan.
“Kalau kita tak jadi kerajaan, kita menjadi penasihat kepada kerajaan
supaya membuat pembetulan daripada kesilapan-kesilapan yang dilakukan
oleh pemimpin yang ada dalam Pakatan Harapan pada hari ini,” katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan