Penjawat awam tidak akan hilang kerja

Usaha Pakatan Harapan untuk menyusun kembali perkhidmatan awam bukannya bermaksud mem- buang kakitangan awam seperti yang ditakut-takutkan BN. Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Faiz Fadzil berkata, penjawat awam tidak akan kehilangan peker jaan jika Pakatan Harapan mendapat mandat di Putrajaya pada pilihan raya akan datang.

Menurutnya, penstrukturan perkh- idmatan awam itu hanya melibatkan ahli politik yang dilantik menjadi men teri atau menguasai badan kerajaan atas lantikan politik sahaja.

“Walaupun kita akan kecilkan saiz kementerian tidak bermaksud penjawat awam akan hilang pekerjaan.

Masalahnya, sebelum ini Najib beri se tiap kawannya jawatan menteri supaya ada peruntukan dan projek.

Pakatan Harapan akan kecilkan jawatan-jawatan politik supaya be - lanjawan kementerian dapat dikawal.

Kita nak kurangkan bajet kementerian yang banyak menghabiskan duit selama ini. v “Jadi, walaupun kita kecilkan saiz ke menterian tetapi penjawat awam tidak akan terjejas,” tegasnya dalam forum ‘Kenapa Mesti Pilih Pakatan Harapan?’ di Putrajaya, lalu.

Peguam berkenaan menyifatkan komitmen Pakatan Harapan untuk menyelesaikan masalah ekonomi yang ditinggalkan Umno-BN akan menyum- bang pada masa depan penjawat awam yang lebih baik.

“Kalau kita di Pakatan Harapan se lesaikan isu ekonomi dan membasmi ketirisan, kita akan pastikan peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan akan lebih terjamin,” tambah Faiz lagi dalam program anjuran Bersatu itu lagi.

Untuk rekod, jumlah kakitangan semasa bagi 33 menteri ialah 607 dengan perdana menteri dan isterinya mempunyai 200 orang kakitangan.

Pakatan Harapan akan mengecilkan saiz jemaah menteri kepada sekitar hanya 20 orang dengan memasti- kan tiada pertindihan fungsi antara kementerian.

Ini termasuklah pengurangan kakitangan awam untuk timbalan perdana menteri dan menteri-menteri.
Oleh itu, lebihan penjawat awam akan ditugaskan semula ke tugasan baru yang berurusan secara langsung dengan rakyat.









Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan