Saintis terkenal meninggal dunia
LONDON - BRITAIN. Saintis Britain yang berjaya merungkai misteri genome manusia, John Sulston meninggal dunia pada usia 75 tahun, kelmarin.
Sulston yang juga pemenang Hadiah Nobel amat terkenal menerusi sumbangan dalam projek antarabangsa membabitkan pemetaan genome manusia dan inisiatif untuk menyimpan data itu secara umum bagi memudahkan ia diguna pakai.
Mendiang juga mengasaskan penubuhan Institut Wellcome Sanger berhampiran Universiti Cambridge pada tahun 2002 yang kini tampil sebagai peneraju penyelidikan genome. - AFP
0 comments:
Catat Ulasan