Kajian: Rakyat kini lebih yakin masa depan negara

KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Ketika negara siap sedia menyambut hari Kemerdekaan ke-61 esok, rakyat Malaysia dari segenap lapisan kehidupan, umur dan bangsa berkongsi satu perkara  yang serupa iaitu mereka sentiasa berbangga menjadi anak Malaysia dan mempunyai keyakinan tinggi terhadap masa depan negara.

Kajian berkala mengenai Merdeka dan isu semasa yang dijalankan oleh Profesor Datuk Seri Syed Arabi Idid dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun ini mendapati kira-kira 95 peratus responden sentiasa bangga menjadi rakyat Malaysia, tahap yang sama dicatatkan apabila kajian itu bermula 2009.

“Kebanggaan menjadi rakyat Malaysia merentasi kaum, umur dan tahap pendidikan dan perasaan yang sama tutut dirasai oleh kepada rakyat di Sabah dan Sarawak,” kata Syed Arabi.

Mengenai masa depan Malaysia, semua kaum menunjukkan keyajkinan  yang lebih tinggi (melebihi 80 peratus) dalam tempoh pengajian dari Jun hingga Ogos tahun ini berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2017 (kira-kira 70 peratus).

“Bagaimanapun,  kumpulan usia pertengahan (36-50 tahun) dan golongan muda (21-35 tahun) lah yang menyatakan keyakinan  tertinggi dengan kedua-dua kumpulan itu yang paling diharapkan dari kerajaan baru dalam meneraju masa depan negara, “Katanya kepada Bernama sambil menambah tidak banyak perubahan dalam kumpulan yang lebih berusia (51 dan ke atas).

Kajian Syed Arabi diselaraskan oleh Azrul Hisyam Wakichan dan melibatkan 1,500 responden di seluruh negara yang mengambil bahagian dalam wawancara bersemuka. Responden dipilih berdasarkan kepadatan populasi, komposisi kaum, latar belakang pendidikan yang berbeza, kumpulan umur, jantina dan lokasi.

Memandangkan ini merupakan pertama kali negara akan meraikan Merdeka di bawah kerajaan baru selepas Barisan Nasional (BN) yang memerintah sejak kemerdekaan tumbang  dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan  Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan , Syed Arabi juga mengkaji sentimen semasa ke atas baru kerajaan dari Mei hingga Ogos.

“Apabila ditanya parti mana responden akan undi  jika pilihan raya diadakan esok, lebih separuh menjawab Pakatan Harapan (PH),” kata Syed Arabi yang juga Ketua Unit Penyelidikan Pengajian Pemilihan.

Beliau menegaskan pada Mei tahun ini kajian mendapati hanya 50 peratus daripada responden menunjukkan PH sebagai pilihan mereka tetapi apabila ditanya sekali lagi pada bulan Ogos 2018, jumlah itu naik sebanyak 5 peratus. Dari segi populariti  PH masih perlu meliputi lebih banyak sokongan akar umbi di kalangan orang Melayu memandangan sokongan bangsa itu terhadap PH meningkat dari 40 hingga 42 peratus sahaja dalam tempoh tersebut.

Sebanyak  62 peratus daripada responden menyatakan, berpuas hati dengan kerajaan baru manakala yang palng berpuas hati iaitu  Cina (74 peratus) dan India (65 peratus) yang paling berpuas hati dengan orang Melayu yang menyatakan paling kurang (52 peratus). Menariknya usia pertengahan dan kumpulan umur yang lebih tua kelihatan lebih berpuas hati berbanding kumpulan muda yang mungkin mempunyai jangkaan yang sangat tinggi, kata Syed Arabi. — Bernama
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan