Prestasi ekonomi selepas PRU14 belum dapat dinilai sepenuhnya

Prestasi ekonomi selepas Piliharaya Umum Ke-14 (PRU14) belum dapat dinilai sepenuhnya berdasar data ekonomi semasa.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohd Radzi Md Jidin berkata, data ekonomi sebenar adalah setakat suku pertama 2018, manakala petunjuk ekonomi jangka pendek yang lain hanya setakat Mei.

Beliau berkata demikianketika menjawab pertanyaan lisan daripada Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh mengenai prestasi ekonomi selepas PRU14 dan kesan khusus dari segi pelaburan langsung asing (FDI).

Dari sudut pelaburan, jelas beliau, Malaysia telah menarik FDI mencecah RM41 bilion pada tahun lepas manakala FDI pada suku pertama tahun ini berjumlah RM12 bilion berbanding RM3.4 bilion pada suku  keempat 2017.

FDI bagi suku kedua 2018 pula akan diterbitkan pada 17 Ogos 2018, tambahnya.

“Meskipun data ekonomi makro menunjukkan prestasi ekonomi negara dalam keadaan kukuh, namun situasi di sebalik petunjuk ekonomi utama mencerminkan keadaan berbeza dan memerlukan  perhatian.

“Masih terdapat ketidaksamaan pertumbuhan antara negeri, jurang antara kumpulan pendapatan , terutama pendapatan 40 peratus terbawah atau B40, kadar pengangguran belia yang tinggi dan kenaikan kos sara hidup,” katanya.

Seterusnya,  Mohd Radzi menyatakan petunjuk kewangan yang terkini  juga masih merekodkan  aliran keluar modal semenjak tahun lepas lagi.

Beliau berkata, ini berikutan respons kepada pelbagai faktor, khususnya kelonggaran dasar monetari  Amerika Syarikat (AS) yang telah meningkatkan kadar faedahnya dan ketegangan perdagangan antara AS dan China.

Kerajaan baharu telah mengambil beberapa langkah bagi mengukuhkan ekonomi dan kewangan negara , termasuk  menghentikan amalan kewangan tidak telus dan tidak terurus di samping  mengkaji semula keutamaan projek pembangunan, terutama projek mega yang tidak telus dan mampan, katanya.

Menurut beliau, walaupun, pertumbuhan ekonomi dijangka terkesan berikutan pelaksanaan dasar pembaharuan, di samping persepsi awal pelabur asing yang mengambil langkah berhati-hati, kesan ini dijangka bersifat sementara dan akan kembali pulih dalam masa terdekat.

Reformasi institusi akan memberi keyakinan kepada pelabur asing bahawa negara sedang bergerak daripada model lama kepada model yang lebih telus, menyeluruh dan inklusiif serta yakin ia dapat  terus  mengekal FDI yang ada di samping menarik pelaburan baharu, tambahnya
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan