PRK Sungai Kandis: Pilih calon lebih baik, kurang kemudaratan, kata Mursyidul Am Pas

Mursyidul Am Pas Datuk Hashim Jasin menyeru ahli Pas memilih calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis daripada parti yang lebih baik dan kurang kemudaratan kepada rakyat pada 4 Ogos ini.

Beliau dalam satu kenyataan dipetik berkata, Pas mempunyai dasarnya tersendiri dan setakat ini tiada sebarang keputusan yang dibuat oleh parti itu melanggar dasar berkenaan.

” Sebagai salah seorang Ahli Majlis Syura, apa saja keputusan yang Pas buat setakat ini belum lagi terkeluar atau menyanggahi dasar parti.

“Oleh itu andainya ada pemimpin Pas yang secara terbuka memberi sokongan kepada calon dari BN, ia tidak terkeluar dari dasar Pas kerana kita dibenarkan untuk memihak kepada yang lebih ringan bahayanya dari keduanya (BN dan PKR),” ujar beliau seprti dilaporkan Harakah.net hari ini.

Tambahnya lagi, walaupun setakat ini Pas tidak mengeluarkan arahan secara khusus namun ahli dan penyokong Pas di Sungai Kandis diminta menilai dan membuat pemilihan yang bijak mana satukah antara kedua-dua calon yang bertanding sama ada dari BN atau PKR.

“Wakil dari parti yang lebih cenderung membawa kemudaratan kepada rakyat dan politik negara sewajarnya ditolak,” kata Hashim lagi.

N49 Sungai Kandis akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang akan berhadapan dengan calon BN Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas K.Murty.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan