Anifah Aman umum keluar UMNO

KUALA LUMPUR: SAH!

Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengumumkan keluar UMNO hari ini.Pengumuman ini dibuat kurang 24 jam selepas Datuk Seri Mustapa Mohamed membuat keputusan keluar dari UMNO pada Selasa.

Menurut sumber ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi, Anifah yang merupakan Ahli Parlimen Kimanis itu sah keluar dari parti keramat bangsa Melayu tersebut.

Anifah turut dikhabarkan meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua Bahagian Kimanis dan ahli UMNO berkuatkuasa serta-merta.

Kami sedang cuba mendapatkan Anifah dalam masa terdekat ini. Beliau kini dalam pesawat untuk kembali ke Kuala Lumpur.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan