Dr Mahathir yang juga Menurut Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, apabila tiba masanya kelak, jawatan Perdana Menteri akan diserahkan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
“Saya tidak akan memungkiri janji, apa sahaja yang berlaku saya tetap akan berpegang pada janji saya,” katanya dalam sesi temu bual bersama saluran berita antarabangsa Turki TRT.
Rakaman wawancara bersama hos Imran Garda itu diadakan ketika Perdana Menteri berkunjung ke Turki bagi mengadakan lawatan rasmi pada minggu lepas.
"Melawan Najib lebih penting daripada hubungan peribadi kami," katanya mengenai matlamat PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.
Wawancara dengan TRT itu dirakamkan pada 29 Julai iaitu
pada hari yang sama Presiden PKR yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyuarakan sokongannya berhubung cadangan UMNO dan PAS supaya Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri sehingga PRU15.
Menjawab soalan Garda mengenai tempoh masa peralihan kepada Anwar, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata: "Ia agak sukar untuk dijangka."
“Pada masa ini kita melihat sudah banyak penambahbaikan kepada negara supaya mungkin satu atau dua tahun lagi, kita akan dapat kembalikan proses itu supaya negara dapat berjaya seperti sebelum ini,” kata Dr Mahathir lagi.
Dalam temu bual itu juga, Dr Mahathir turut ditanya mengenai skandal video intim yang mengaitkan Azmin.
Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, yakin bahawa mereka yang bertanggungjawab menyebarkan video itu adalah dari kalangan dalaman parti berkenaan.
Dalam masa sama, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador mendedahkan kewujudan konspirasi yang didalangi oleh pemimpin sebuah parti politik untuk menjejaskan reputasi Azmin dan ratusan ribu ringgit telah dibelanjakan untuk menghasilkan video itu.
0 comments:
Catat Ulasan