KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan
pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat
pada tahun hadapan seperti yang dijadualkan.
KPM dalam satu kenyataan
hari ini menjelaskan pihaknya mengambil maklum pelbagai respons terhadap
isu itu namun perancangan pengenalannya telah dilaksanakan melalui
semakan semula kurikulum sejak 2014.
Usaha itu juga telah melalui pelbagai sesi libat urus dengan pakar-pakar bahasa dan pendidikan.
“Sehubungan itu, KPM akan
meneruskan pelaksanaan pengenalan tulisan khat ini seperti dijadualkan,
dengan mengambil kira pendekatan penyampaian yang lebih mudah difahami
dan tidak membebankan murid dan guru,” menurut kenyataan itu.
KPM
turut menjelaskan selain terdapat pada jata negara, jata negeri-negeri
dan wang kertas Ringgit Malaysia, tulisan khat adalah warisan Bahasa
Melayu yang penting untuk dipelajari, sejajar dengan kedudukan Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan.
KPM
komited untuk bersama-sama membina Malaysia yang memiliki persefahaman
dan pengetahuan kukuh terhadap warisan kebangsaan, katanya.
Media sebelum ini
melaporkan beberapa pemimpin dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)
DAP menggesa anggota kabinet daripada parti itu membantah rancangan
memperkenalkan tulisan khat dalam kurikulum Tahun Empat Bahasa Melayu
untuk sekolah vernakular tahun hadapan. — Bernama
About
Editor Akhbar Rakyat
0 comments:
Catat Ulasan