Mahyudin Perlu Keluar Dari Masalah Yang DiCiptanya

Oleh Hayar Hassan
 
Setelah berlalunya Majlis Peresmian Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke 14 tanggal 18 Mei 2020 yang lalu, persoalan keabsahan Kerajaan Perikatan Nasional(PN) pimpinan YAB Tan Sri Mahyuddin Yasin tidak menemui titik noktahnya. Malah , ianya terus diperdebatkan dalam media-media sosial.

Ditambah dengan musibah COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia sekarang ini, ekonomi dunia dan tidak terkecuali Malaysia juga terpukul dengan cukup dahsyat sekali. Perdana Menteri sendiri menyatakan bahawa negara tercinta ini telah mengalami kerugian yang amat besar sekali, sekitar RM2.4 bilion setiap hari! Ratusan ribu rakyat Malaysia hilang punca pendapatan harian semenjak 10 minggu yang lalu. Dua masaalah besar ini tetap menjadi perbincangan harian rakyat Malaysia.

Untuk menangani musibah COVID-19 ini , Kerajaan Perikatan Nasional(PN) yang terbentuk tanpa mandat rakyat, tanpa manifesto pilihanraya dan seringkali dinyatakan sebagai Kerajaan Pintu Belakang@Tebuk Atap telah mewar-warkan Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM 265 bilion.

Perlaksanaan nya masih kabur lagi. Setiap rakyat masih tertanya-tanya, bila semua musibah ini akan berakhir dan kehidupan kembali normal.

Lazimnya anggaran perbelanjaan sebegitu besar wajib dibahaskan dan mendapat kelulusan Parlimen. Malangnya ianya sekadar diumumkan. Entah bila ianya akan dibahaskan dan diluluskan di Parlimen, tiada siapa yang tahu. Seandai nya ianya tidak dibahas dan diluluskan di Parlimen, ada kah ianya absah@legitimate ?
Mungkin YAB TSMY masih memikir-mikirkan nya. Kelihatan nya TSMY terlalu gementar untuk berlama-lama di sidang Parlimen. Dari segi perwatakan dan gaya lenggok bahasa badan, TSMY kelihatan nya agak lambat@lembab dalam membuat keputusan-keputusan. Masih terlalu banyak budaya tunggu dan lihat . Persoalan nya, Adakah ini sifat seorang Perdana Menteri yang kompeten dalam mengepalai sebuah negara yang sedang dilanda musibah besar ini ?
Kalau kita ikuti berita-berita semasa luar negara , terdapat 2 buah negara di benua Amerika Selatan yang hampir menjadi Negara Gagal@Failed States kerana ketidakcekapan pemimpin nya menangani musibah Covid-19. Negara-negara tersebut adalah Brazil dan Venezuala.
Sebelum ini kedua-dua negara ini adalah merupakan negara-negara yang kaya dengan sumber alam dan sumber manusia nya. Venezuala sebenarnya mempunyai simpanan sumber minyak petroleum yang hampir sama dengan Arab Saudi. Malang nya, Presiden Venezuala waktu ini, Nichlolas Madura bukan lah seorang yang kompeten sebagai seorang Presiden. Begitu juga dengan Presiden Brazil sekarang ini, Jair Bolsonaro , tidak cekap dan kompeten menguruskan negara waktu musibah Covid-19 ini. Sistem ekonomi dan sosial kedua-dua negara ini, waktu ini kucar-kacir dan lumpuh luluh .
Banyak rakyat mereka yang meninggal dunia dan ekonomi lumpuh waktu Covid-19 ini. Di Brazil, bilangan kematian berpunca daripada Covid-19 adalah 27,944 orang, tempat kedua selepas Amerika Syarikat !
Kembali kepada negara kita yang tercinta ini. Kita amat bimbang kalau kita juga bakal menghadapi suasana yang serupa seperti 2 negara Amerika Latin itu.
Perdana Menteri Malaysia waktu ini seringkali dilihat lambat dalam membuat keputusan. Contoh nya dalam isu menangani musibah Covid-19 ini. Beliau kelihatan nya melambat-lambatkan perbahasan Pakej Rancangan Ekonomi Covid-19. Ini memberikan isyarat yang tidak betul kepada pemain-pemain ekonomi Malaysia(Malaysians Economic Players), khusus nya kepada pelabur-pelabur luar dan tempatan.
Berkemungkinan besar ianya akan terpaksa dibahaskan juga pada Mesyuarat Kedua nanti, sekitar pertengahan bulan Julai 2020 nanti. Wal hal sudah banyak rakyat yang telah kehilangan punca pendapatan !
Kembali kepada persoalan keabsahan Sidang Parlimen 18 Mei 2020 lalu. Kata nya seorang orang peguam dan seorang aktivis NGO, telah memfailkan isu ini ke Mahkamah Tinggi Malaysia melaui firma guaman Tetuan Gunaseelan & Associates. Khabarnya writ saman nya akan diserahkan kepada YAB Perdana Menteri dan Speaker Parlimen Malaysia yang dinamakan sebagai dependan dalam waktu yang terdekat. Mereka berdua meminta pengisytiharaan bahawa sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei 2020 lalu, yang hanya mendengar titah ucapan Diraja YDPA tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan, dan maka tidak sah.
Dalam isu ini, ramai berpendapat bahawa YAB Perdana Menteri TSMY hanya mempunyai 2 pilihan saja. Pilihan-pilihan tersebut adalah seperti berikut:-
1. Kembali semula menyertai Pakatan Harapan(PH) seperti mandat rakyat seusai PRU 14 dahulu.
2. Terus menerajui Kerajaan Perikatan Nasional(PN) dalam keadaan serba ketidaktentuan sehingga Parlimen dibubar.
Melihat kepada pergolakan dalaman yang terjadi kepada PPBM sekarang ini, jalan yang terbaik adalah dengan YAB TSMY mengakui kesilapan nya dan kembali membawa balik PPBM ke gabungan PH. Faktor kesihatan mungkin boleh diterima sebagai alasan kukuh untuk diri nya berundur sebagai PM ke 8. Malaysia memerlukan seorang Perdana Menteri yang segar bugar,cekap,kompeten, sihat, selalu cergas dan dihormati oleh dunia untuk menerajui negara dalam dunia yang serba mencabar ini.
Jalan yang terbuka adalah dengan tidak terlalu membantah writ saman yang telah difailkan itu. Membenarkan saman terebut dan memanggil sidang Parlimen sebelum 6 Jun 2020 akan memudahkan perjalanan urusan negara seterus nya.
Rakyat jelata dan pengundi-pengundi yang telah memberikan mandat kepada PH dalam PRU 14 lalu tentu nya boleh memaafkan kesilapan yang tidak disengajakan itu. Apa pun cita-cita beliau untuk menjadi Perdana Menteri ke 8 sudah pun tercapai.
















Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan