Jumlah positif Covid-19 seluruh dunia cecah 6.13 juta

KUALA LUMPUR, — Statistik individu dijangkiti Covid-19 di seluruh dunia menunjukkan peningkatan dengan jumlah terkini mencecah 6.13 juta orang.

Data dikeluarkan Johns Hopkins University mendapati terdapat 100,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Setakat ini, Amerika Syarikat (AS) menjadi negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif 1.78 juta.

Sementara itu, Brazil mencatatkan 490,000 kes diikuti Rusia iaitu 405,000 kes.

Itali, United Kingdom dan Itali pula mencatatkan lebih 200,00 kes positif Covid-19.

Rekod turut menunjukkan enam negara telah melepasi 100,000 kes Covid-19 iaitu Perancis, India, Peru, Jerman, Iran dan Turki.

Chile dan Kanada masing-masing mencatatkan 99,000 dan 92,000 kes.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan