KUALA LUMPUR, 2 Sept — PAS mementingkan nilai moral yang tinggi dalam
kalangan ahli dan pemimpin parti itu dan jika ada yang melanggarnya
serta melakukan tindakan yang bercanggah dengan Islam maka mereka boleh
dipecat, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Yang penting moral dulu, kalau buat sesuatu maksiat yang bercanggah dengan lslam dan moral maka akan kita pecat dia.
“Dalam PAS, (kesalahan)
yang pertama adalah dari segi maksiat dulu, yang kedua kalau ada salah
laku itu, kita serah kepada undang-undang,” katanya kepada pemberita
selepas menghadiri Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan
Nasional (PN) di sini semalam.
Beliau
diminta mengulas isu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang gagal mematuhi kuarantin wajib di
rumah setelah pulang dari Turki pada Julai lepas.
Terdahulu,
dalam ucapannya, Abdul Hadi berkata biarpun baru berusia enam bulan,
pencapaian kerajaan PN adalah lebih baik dan positif berbanding era
pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Beliau berkata perbezaan jelas dapat dilihat dalam kalangan menteri PN dan PH.
“Banyak perbezaan yang
boleh ditunjukkan. Kalau dahulu ketika PH, menteri-menterinya asyik
sebut kerajaan dahulu dan apabila kita ambil alih (kerajaan),
perbezaannya amat positif.
“Kewujudan PN sendiri
adalah pencapaian terbaik yang mana kita berjaya menyatukan parti-parti
Melayu dan parti lain yang menyokong PN serta mendapat dukungan rakyat,”
katanya. — Bernama
About
Editor Akhbar Rakyat
0 comments:
Catat Ulasan