PRN Melaka: Kenapa takut berdebat

 

1. Di negara demokrasi matang, debat calon presiden atau perdana menteri diadakan setiap kali pilihan raya berlangsung. Tujuannya untuk membolehkan calon menunjukkan pengetahuan dan keupayaan inteleknya memimpin negara.

2. Tetapi di Malaysia, setiap kali debat dicadangkan, akan ada sahaja calonnya yang menolak. Akan ada sahaja yang mengatakan debat bukan budaya politik kita.

3. Hari ini calon KM Melaka dari BN menolak cadangan pengerusi PH agar debat dadakan di antara calon KM. Alasannya kerana mahu tumpukan masa pada kempen pilihan raya.

4. Kenapa tolak bila diajak berdebat sedangkan debat ini juga adalah untuk berkempen? Apakah takut atau tidak mampu? Sepatutnya, jika ada wawasan, idea, prinsip, fakta, kebijaksanaan, falsafah dan nilai perjuangan yang baik, terima sahaja pelawaan debat ini.

5. Debat bagus untuk pemimpin menunjukkan kebolehan, kecerdikan dan kesesuaian memikul tugas sebagai KM. Bagus juga untuk membentangkan hala tuju pemerintahan dan janji politik masing-masing.

6. Pada 2 November, YB Wee Ka Siong dan Lim Guang Eng berdebat berhubung dasar kabotaj negara ke atas kapal asing yang membaiki kabel dasar laut. Rakyat tidak mencari siapa yang lebih hebat dalam perdebatan, tetapi rakyat mendengar dan menilai pemimpin mana yang lebih berkeupayaan dan bersedia.

7. Setelah ada pemimpin yang menolak debat ini, saya berfikir betapa kita kehausan pemimpin yang berani dan mempunyai idea untuk berhadapan dengan rakyat secara langsung. We are in dire need of visionaries and world class politicians. Dalam keterbatasan kempen PRN yang dibenarkan, debat calon KM ini perlu diadakan.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan