Hospital Parit Buntar : Tahniah Penduduk Daerah Kerian

Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak mengucapkan tahniah kepada penduduk Daerah Kerian yang telah lama menunggu sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada tahun 2008 lagi sehingga kini menjelangnya PRU14, akhirnya bertuah bakal mendapat Hospital baru nanti.

Sebelum ini projek Hospital Parit Buntar yang bernilai RM 112 Juta telah melalui beberapa fasa pengumuman diantara tahun 2012 dan 2013, termasuklah penambahan katil sehingga 300 buah dan telah ‘diangkat’ menjadi Hospital Pakar. Namun akhirnya Hospital ini hanya tinggal 76 buah katil sahaja dan tidak dinaiktaraf sebagai 'Hospital pakar'.

Perjuangan hampir 10 tahun ini akhirnya membuahkan hasil walaupun tender projek ini hanya akan dibuka pada bulan September 2017 nanti dan berharap ianya dapat disiapkan menjelangnya tahun 2021 sepertimana yang yang diumumkan. Mudah-mudahan rakyat di Daerah Kerian tidak kempunan dengan janji yang diumumkan kali ini.

AMANAH Perak melihat isu katil yang bakal disediakan oleh Hospital baru ini masih tidak mencukupi sepertimana yang diutarakan sebelum ini. Untuk itu, kami mencadangkan agar Hospital lama sediada wajar dikekalkan disamping mempertingkatkan lagi fasilitinya bagi menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah.

AMANAH Perak menzahirkan keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat khususnya di Daerah Kerian dan menggesa agar pihak berwajib memberikan pertimbangan terhadap cadangan ini.

#HarapanBaru
 
DR FAKHRULDIN MOHD HASHIM
Naib Pengerusi
Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan