Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak mengharapkan Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) membuat pemantauan berskala dengan semua pokok-pokok tua
yang ada kebiasaannya di laluan utama kenderaan ataupun
bangunan-bangunan yang berisiko dan berkemungkinan berlaku bencana.
Sebagai contoh, dahan pokok di hadapan Istana Kinta telah mengikibatkan
pagar Istana tersebut runtuh dan rosak. Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
wajar memantau semua pokok-pokok di sepanjang Jalan Sultan Nazrin Shah
agar tidak berlaku lagi kejadian seumpama ini.
Termasuklah juga pokok-pokok di Taman Tasek Taiping dan juga sepanjang
jalan di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) perlu pemantauan oleh Majlis
Perbandaran Taiping (MPT) dan juga Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
(MPKK).
AMANAH Perak melihat kejadian dahan pokok patah ataupun pokok tumbang
boleh dikategorikan sebagai kejadian bencana alam dan sudah tentu
sebarang kemalangan akibatnya adalah dibawah tanggungan sendiri. Semua
pihak perlu berhati-hati dalam keadaan ini.
#HarapanBaru
SALMAN HAJI SALEH
Setiausaha
Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan