Saya
ambil maklum kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam
yang mendedahkan bahawa terdapat lima hingga enam hospital 'sakit' yang
gagal disiapkan mengikut jadual.
Beberapa projek yang didakwa mengalami 'sakit' sudah tentu 'penyakit' itu berasal daripada sumber dana kewangan negara. Ini boleh dilihat dalam belanjawan negara dan menjadi satu kezaliman kerajaan Umno BN menambah hutang negara.
Tetapi projek-projek penting sebegini untuk rakyat tidak dapat juga disiapkan dan dinikmati oleh rakyat walaupun setelah diluluskan sekian lama. Ini bermakna, kerajaan sememangnya tiada wang.
Jikalau hospital-hospital ini disiapkan kelak, pasti akan mendatangkan pelbagai permasalahan lain antaranya kekurangan kakitangan yang terlatih lebih-lebih lagi yang melibatkan doktor pakar dan sebagainya.
Antara hospital yang 'sakit' dan terbengkalai ini ialah Hospital Sri Aman, Hospital Petra Jaya dan Hospital Bera yang gagal disiapkan mengikut jadual kerana dikatakan ketidakupayaan kontraktor untuk menyiapkan kerja pembinaan tersebut.
Adakah kemungkinan kegagalan projek ini berpunca daripada amalan rasuah, kroni yang melampau atau ketidakcekapan? Sudah pasti setiap projek telah dinilai dan harga yang diumumkan sebenarnya adalah lebih tinggi daripada kos yang sebenar.
Saya menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melihat jika berlakunya sebarang rasuah atau penyalahgunaan kuasa yang telah mengakibatkan punca hospital 'sakit' ini.
Jabatan Kerja Raya (JKR) seharusnya bertindak tegas dengan kontarktor-kontraktor bermasalah ini dengan mengeluarkan Notis Untuk Tujuan Penamatan kepada kontraktor serta-merta jika ianya gagal.
Inilah akibat yang terpaksa ditanggung sekiranya projek diberikan kepada kroni-kroni walaupun tidak layak, akhirnya rakyat akan menderita dengan pembayaran pelbagai jenis cukai termasuk GST dan penghapusan subsidi.
Saya menggesa juga kerajaan Umno BN untuk melihat semula setiap satu projek terbengkalai di seluruh negara dan menyelesaikannya satu persatu demi kesenangan rakyat.
Dato' Seri Dr Santhara
Pengerusi Biro Integrasi Nasional
Penyelaras KEADILAN Segamat
Parti KEADILAN Rakyat
Pakatan Harapan
#BinaSemulaNegara

0 comments:
Catat Ulasan