Inilah Gelombang Rakyat Kelantan

Kami tidak punyai peserta ladang rakyat, tidak ada cikgu-cikgu YIK, pelajar-pelajar pondok, lantikan politik dalam kerajaan negeri untuk dipaksa hadir mendengar ceramah di Bachok pada malam ini.

Kami juga tidak ada peruntukan minyak motor atau baju t-shirt percuma bagi meramaikan penonton pada malam ini. Kami juga tidak mampu membayar persatuan motor untuk diupah hadir dan mendengar ceramah pada malam ini.

Bahkan kami tidak keluarkan surat pekeling mewajibkan para ahli parti untuk hadir pada malam ini. Tidak ada pendaftaran untuk memastikan ahli parti hadir. Semua yang hadir kerana sukarela dan bukannya dipaksa.

Kita juga tidak punyai kewangan yang cukup hingga untuk menempah poster, kain rentang atau banting pun dalam kuantiti yang terlalu terhad. Bahkan kami tidak mampu untuk membuat iklan dalam akhbar atau menempah pelekat dan diberi secara percuma.

Kami juga tidak ada duit atau projek untuk dibayar kepada artis untuk tujuan mempromosikan majlis ini. Kami juga tidak mampu mencetak poster atau sepanduk dengan ayat bahawa " kami akan hadir" seperti mana program PAS. Bahkan kami juga tidak guna pimpinan kami untuk tujuan promosi program.

Tetapi hari ini ternyata kehadirannya sungguh luar biasa. Dan kami yakin inilah gelombang rakyat dan alhamdulillah gelombang ini bersama kami.

Namun kami tetap untuk terus berkerja dan bekerja bagi memastikan Pakatan Harapan menang di Kelantan dan Malaysia.

Catatan ringkas sebelum tidur.
Hazmi Hassan
Ketua Pemuda Amanah Kelantan
11 Mac 2018
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan