Dr M sindir TITM: Kadang-kadang kita guna bahasa Arab

Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika menjawab soalan berkaitan penggunaan bahasa Inggeris dalam pasukan polis.

Menekankan kepentingan pendengar faham, perdana menteri berseloroh, dalam keadaan tertentu bahasa lain seperti bahasa Arab harus digunakan.

“Kadang-kadang kita guna bahasa Arab jika yang mendengar itu tidak faham. Dan terjemahan dia tak tau betul ke tak betul.

“Jadi amat penting sekali apabila kita berhubung dengan orang dalam bahasa apa pun, yang penting dia faham apa kita kata.

“Kalau dia kurang faham, kadang-kadang kita terpaksa gunalah bahasa Arab bagi orang yang pandai dalam bahasa Arab,” katanya yang terkenal dengan nada sinis tetapi bersahaja itu.

Mahathir (HARAPAN-Langkawi) berkata demikian ketika menjawab soalan Tuan Ibrahim (PAS-Kubang Kerian) di Dewan Rakyat hari ini.

Tuan Ibrahim mahu penjelasan berkaitan keputusan polis menggunakan bahasa Inggeris dalam taklimat dan operasi harian bermula hari ini.

Perkara itu dibangkitkan dalam soalan tambahan ketika Mahathir menjawab soalan berkaitan penggunaan bahasa kebangsaan untuk urusan rasmi kerajaan.

Tidak puas hati dengan jawapan tersebut, Tuan Ibrahim bangun semula dan berkata perdana menteri tidak menjawab soalan.

Dewan Rakyat bagaimanapun diteruskan dengan soalan lain.

Polis dilapor akan mula menggunakan bahasa Inggeris mulai hari ini, seperti diumumkan pemimpin tertingginya Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Keputusan itu dibuat selepas Mahathir mengarahkan pasukan keselamatan itu mempertingkatkan mutu penguasaan bahasa Inggeris setaraf dengan negara-negara lain.

Langkah itu dimulakan dengan kursus profesional lima hari kepada pegawai kanan polis, bukan sahaja bagi melancarkan komunikasi tatapi juga membolehkan mereka menulis dengan baik dalam bahasa Inggeris
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan