Haram spin dakwah Dr Mujahid

Oleh

ADA netizen yang hentam Menteri Agama, Dr Mujahid, sebab bersalam dengan aktivis LGBT. Saya lihat hentaman ini memberi sindiran bahawa Dr Mujahid menyokong perbuatan liwat!

Ini adalah fitnah semata-mata. Sindiran ini adalah seperti perbuatan Yahudi yang menyindir Nabi Muhammad SAW dengan bermain perkataan. Contohnya, mereka ucap As-Saam Alaykum denan cepat supaya seakan-akan mereka mengucap As-SaLAAM Alaykum. Hakikatnya ucapan Yahudi tiada sebutan LAM. As-Saam bermakna 'celaka' tetapi As-Salaam bermakna 'sejahtera'.

Saya lihat sindiran-sindiran atau sebenarnya spin adalah perbuatan yang lebih berdosa dan jahat daripada perbuatan LGBT! Ia berniat iblis bertujuan mencemarkan nama baik seorang ilmuwan Islam seperti Dr Mujahid.

Pengkritik perlu memahami perspektif Dr Mujahid secara holistik. Kalau kita ambil sekerat ayat al-Quran dan tidak mempedulikan ayat yang lain, sudah tentu al-Quran akan kelihatan seperti kitab teroris.

Demikian juga kalau kita ambil sekerat sahaja tentang Nabi SAW berkahwin dengan Aisha, sudah tentu Nabi kelihatan seperti pedofilia. Saya tengok netizen hentam Dr Mujahid kerana ber­salaman dengan aktivis transgender. Terus mereka ambil sekerat ini dan tuduh Dr Mujahid bersekongkol dengan gerakan LGBT!

Ada yang spin kenyataan Dr Mujahid. Mereka menyerang Dr Mujahid kerana kononnya Menteri menyokong hak LGBT. Frasa “hak LGBT” ini sangat mengelirukan kerana ia memberi gambaran bahawa Dr Mujahid menyokong hak LGBT secara umum termasuk per­kah­winan sejenis. Fitnah akan timbul bila perkataan penting dibiarkan umum tanpa takrifan dan perincian.

Contohnya, bayangkan bila dikatakan Nabi Muhammad SAW menyokong hak pembunuh kerana kononnya pembunuh diampunkan walaupun sudah bunuh 100 orang! Sekali pandang seolah-olah Nabi menyokong keganasan dan mudah melepaskan pembunuh. Bila kita teliti semula, rupanya Nabi bukan menyokong hak pembunuh sebagai pembunuh.

Bila dikatakan bahawa Nabi menyokong hak pembunuh, maksudnya hak pembunuh sebagai manusia, hamba ALLAH SWT. Sebagai hamba ALLAH, dia berhak bertaubat nasuha. Sama ada dia diam­punkan oleh ALLAH SWT adalah terpulang kepada-NYA. ALLAH SWT Maha Melihat hati seseorang. Nabi tidak menyokong hak pembunuh untuk membunuh tetapi Nabi menyokong haknya untuk memohon ampun daripada Penciptanya.

Dalam Islam, penzina pun mempunyai hak sebagai manusia. Seorang perempuan telah mengaku kepada Nabi bahawa beliau telah berzina. Apakah hak seorang pen­zina? Bila Nabi dapat tahu bahawa perempuan ini hamil, baginda me­nangguhkan hukuman sehingga anaknya dilahirkan dan menjadi baligh. Nabi melihat wanita ini sebagai manusia walaupun dia telah me­lakukan dosa besar. Hak kema_nusiaan wajib dijaga walaupun seseorang itu adalah penjenayah sekalipun.

Demikian juga apabila kita berkata Islam menjaga hak LGBT, kita bermaksud menjaga hak mereka sebagai manusia, hamba ALLAH SWT, bukan sebagai pengamal perbuatan LGBT seperti perkahwinan sejenis. Maknanya, adalah haram contohnya bagi kita mendiskriminasikan golongan LGBT di tempat kerja. Mereka juga ada ibu bapa yang perlu mereka sara. Mereka juga merupakan anak yang wajib berlaku ihsan kepada ibu bapa mereka.

Dr Mujahid memang menentang amalan dan aktiviti LGBT. Tetapi Dr Mujahid mengajak kita berfikir sejenak adakah ini juga bermakna merompak kesemua hak kemanusiaan mereka, halal darah, kehormatan dan harta benda mereka?

Dikatakan juga bahawa Dr Mujahid menghormati golongan LGBT kerana bergambar bersama dan berjabat tangan dengan aktivis LGBT. Tetapi tahukah netizen bahawa Nabi juga bangun meng­hormati jenazah seorang Yahudi yang lalu depannya?

Yahudi ini memang musuh Nabi semasa hidupnya tetapi beliau juga merupakan hamba ALLAH SWT. Nabi tidak mendiskriminasikan jenazah! Aktivis LGBT sendiri yang mengambil langkah untuk berjumpa dengan Dr Mujahid. Bukan Dr Mujahid yang pergi kepada mereka. Dr Mujahid meng­ambil peluang ini untuk me­nunjukkan Islam sebagai rahmat dunia dan pada masa sama menunjukkan ketegasan beliau sebagai seorang Muslim.

Dr Mujahid tetap tegas menyatakan pendiriannya bahawa beliau tidak akan menyokong perbuatan LGBT walaupun ber­gambar bersama dan bersalaman. Mengapa ketegasan Dr Mujahid dan hikmah dakwah beliau tidak diketengahkan pula?    
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan