Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Alor Setar Nor Azah Idris. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Lelaki berumur lingkungan 60-an itu diwakili Peguam Hasnul Anis Abdullah Hashim dan Che Zuriati Che Mohamad.
Terdahulu suspek tiba di lokap Kompleks Mahkamah Alor Setar pukul 10.07 pagi dengan kenderaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Turut kelihatan isteri dan anaknya serta kira-kira 20 penyokong bekas Adun itu.
Sumber SPRM dipetik sebagai berkata suspek disyaki memohon untuk menggunakan dana itu Februari tahun lepas dengan tujuan bagi menganjurkan satu program, bagaimanapun setelah diluluskan, wang dana itu tidak digunakan untuk tujuan berkenaan. — Bernama
0 comments:
Catat Ulasan