Pemuda AMANAH Nasional mendesak supaya seorang pegawai kanan kepada
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu ‘direhatkan’ setelah didakwa sedang
disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Naib Ketua Pemuda Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, dengan pendedahan
sebuah portal media semalam yang dipetik sumber mengaitkan pegawai di
Kementerian Pertahanan dalam siasatan kes terbaharu SPRM sesuatu yang
amat mengejutkan berlaku membabitkan parti itu.
“Sebagai sebuah parti yang menjunjung tinggi nilai integriti, Pemuda
AMANAH melihat isu ini sebagai amat serius dan perlu pada tindakan
segera.
“Sedari awal, AMANAH dengan tujuan dan semangat penubuhannya -tidak
wajar terpalit dengan mana-mana siasatan kes melibatkan SPRM.
“Walau memaklumi konsep ‘tidak bersalah sehingga dibuktikan
bersalah’, Pemuda AMANAH tetap tegas bahawa tiada kompromi terhadap
sebarang masalah yang boleh menjejaskan integriti parti
“Dengan seluruh maksud baik ini, Pemuda AMANAH menggesa agar mana-mana anggota parti yang disiasat dengan terhormatnya
‘take a leave of absence’ atau dibuat satu ketetapan oleh parti untuk
direhatkan dari tugas sepanjang proses siasatan<” ujarnya dalam
kenyataan.
Menurut Shazni Munir lagi, sebagai sebuah parti yang baharu tiga tahun ditubuhkan AMANAH perlu dilihat tegar.
“Bukan hanya bersikap amanah, tapi benar-benar dilihat amanah,” tegasnya.
Semalam portal Malaysiakini dipetik melaporkan seorang pegawai kanan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sedang disiasat SPRM.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki
dilaporkan mengesahkan kepada portal tersebut berhubung siasatan
terhadap pegawai kanan menteri pertahanan itu.
Pegawai itu didakwa menerima wang berjumlah RM800,000 daripada
beberapa pihak untuk membantu menyelesaikan masalah hutang supaya
namanya dapat dikeluarkan daripada status muflis.
Portal itu turut melaporkan seorang sumber yang tidak didedahkan
identitinya memberitahu, beberapa pihak memasukkan wang ke akaun Jabatan
Insolvensi untuk menyelesaikan masalah hutang pegawai tersebut yang
diisytihar muflis kira-kira empat tahun lalu.
“Didakwa bayaran itu dibuat bagi pihaknya hanya beberapa hari selepas
Mohamad mengangkat sumpah sebagai menteri pertahanan,” kata sumber itu
dipetik.
Sumber yang lain memberitahu Malaysiakini, SPRM telah merakamkan kenyataan pegawai itu untuk membantu siasatan.
Selain dia, sepuluh lagi individu telah dirakamkan kenyataan,
termasuk beberapa kontraktor pertahanan dan wakil-wakil perniagaan.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan