Oleh NORFAZLIANA BINTI ABDULLAH
Ini tahun pertama kita akan merayakan Syawal dalam keadaan wabak covid
yang masih belum mampu dibaik pulih oleh sesiapa sekalipun. Dijangkakan
bahawa vaksin untuk wabak ini akan diperolehi dihujung tahun hadapan,
maka kita semua masih tertakluk dengan Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB).
Ada yang kata “tahun ini takde raya”, menafikannya “Mana boleh, raya
tetap raya”, Bulan Syawal adalah bulan dalam kalendar Hijrah selepas
bulan Ramadhan.
Gunalah mantra magis sekuat “Expexto Patronum” takkan menghilangkan
Syawal. Makanya, Syawal perlu diraikan sebagai kemenangan umat Islam
menempuhi ibadah puasa dan mengawal hawa nafsu. Inilah “self reward”
untuk kita semua memandangkan kita bukan sahaja berlawan dengan hawa
nafsu, turut berlawan dengan wabak covid.
Bagaimana raya gaya covid?
Di pagi Syawal, jangan tidur sehingga ke tengahari. Bangun di awal
pagi untuk mandi sunat Hari Raya Aidilfitri. Bagi golongan wanita,
persiapkan juadah raya yang telah dimasak sejak semalam ketika hari
memantai (baca : sehari sebelum syawal).
“Kuih dan muih beraneka macam” macam dalam lagu Anuar Zain dan Alena
tu jangan lupa dimasukkan dalam koleksi Tupperware mak-mak kita.
Berhiaslah di pagi Syawal dengan pakaian yang indah. Tak semestinya
baru, cukup indah dipandangan mata serta bersederhana kerana ramai
saudara-saudara kita sangat terkesan dengan PKP sejak 18 Mac yang lalu.
Memandai kita makan untuk mengalas perut dan bersama keluarga
menunaikan solat sunat Syawal berjemaah. Inilah masanya, golongan lelaki
menunjukkan bakat imam interim, alah solat terawih dah sukses inikan
pula solat syawal 2 rakaat dengan takbir 7 kali di rakaat pertama dan
takbir 5 kali di rakaat kedua. Kacang sangat.
Alamak macam mana khutbah, jangan gelabah boleh sahaja pinjam bacaan
khutbah yang telah disediakan oleh banyak pihak, bacakan kepada ahli
keluarga agar menjadi pengingatan bersama.
Momen salam-salam dan memohon kemaafan, boleh sahaja diteruskan jika
yakin setiap penghuni rumah adalah negatif covid. Anak-anak yang pulang
dari kampus atau yang telah berjaya merentasi daerah pastikan tidak
mengalami simptom-simptom jangkitan.
Lalu momen airmata Syawal dengan segala salah silap agar diberi
keaampunan oleh ibu bapa serta mengharapkan tahun ini masih mendapat
duit raya boleh dituntut terutamanya bagi yang bujang dan belum
bekerluarga. Yang tua dan bekerja hulurkan sedikit buat adik-adik serta
ibu bapa, tak wajib tapi tak salah.
Seafdalnya berilah duit raya sebelum syawal menjelma dengan berniat
sedekah agar pahala itu akan berlipat kali ganda kerana masih dibulan
Ramadhan. Tidak ketinggalan swafoto gambar sekeluarga sebagai rakaman
dan tatapan saudara yang tidak dapat bersama.
Bagaimana kunjungan tetamu?
Kebiasaan baru, syawal diraikan bersama saudara-mara dengan panggilan
di atas talian sebagai penganti diri. Syawal tetap syawal, langkah
keselamatan tetap diutamakan. Boleh maklumkan kepada saudara-mara serta
rakan taulan di setiap “posting” atau “status” akaun media sosial bahawa
“TAHUN INI KITA RAYA GAYA COVID, JANGAN DATANG RUMAH”.
Sendiri mahu ingatlah kalau dah “posting” dengan “caplocks”, itu
tandanya amaran keras. Inilah masanya kira menikmati masa bersama dengan
keluarga masing-masing dirumah dengan melayan drama-drama serta program
menarik di siaran televisyen.
Tak perlu nak sediakan jawapan untuk makcik-makcik saudara yang
prihatin sangat (baca : mata ke atas dan tangan ke bahu) dengan
soalan-soalan cepu mas seperti
“kau bila nak habis belajar”
“bila kau nak kahwin”
“kahwin dah lama bila nak timang anak”
“taknak tambah sorang lagi ke anak”
“bla..bla..bla”
Maka, jawapan kita “makcik tu bila nak mati” diamkan sahaja dan
simpan dalam hati, disaat jumpa jangan dizahirkan kerana itu tidak
mencerminkan adab ketimuran yang sering didendang oleh nenek moyang.
Kesian mak ayah akan dicop “tak reti ajar anak” pulak.
Saban tahun menerima soalan yang sama, sakit tuh disini, didalam hati
tetapi sakit hati ibu saudara atau pak saudara jangan diusik juga. Yang
muda perlu beralah, soalan mereka itu tanda mereka prihatin dan sayang.
Di kala raya gaya covid, takdelah kita juga tumpang sekaki menjadi
“bawang rangers” yang akan mengumpat sepupu sepapat laki mak kita dan
saudara bau-bau bacang, perihal isu gaduh sesama saudara disebabkan
perebutan harta, belum masuk momen “throwback” mereka yang makan masa
2-3 jam untuk kunjungan sebuah rumah sahaja.
Kekadang boleh tertidur dirumah saudara sendiri, penat menolong
memasak pon tak habis lagi. Kali ini kita boleh raya santai-santai
dirumah, kalau penat boleh tidur, kalau lapar boleh makan sahaja, kalau
bosan boleh layan internet dirumah main PUBG.
Tahun ini sahaja kita begini, tahun depan kita boleh ziarah sanak
saudara seperti biasa kerana Malaysia sangat cemerlang menangani Covid.
Tahun ini sahaja.
Hari-hari yang berikut akan berlansung seperti Syawal Pertama, mak
ayah pon akan mula berkerja bermula Syawal ketiga. Lebih baik kita
manfaatkan Puasa Enam di bulan Syawal lebih awal memandangkan baki
momentum Ramadan masih ada.
Jika masih ada kunjungan daripada saudara dan rakan taulan, janganlah
dihalau mereka. Pastikan mereka tidak ramai, cukup sebuah kereta sahaja
dan tetamu tetap diraikan. Jangan bersalam dan berpelukan, sediakan
sanitizer dirumah dan kalau boleh rekod kehadiran mereka bagaimana
tempat-tempat awam yang berbuat demikian bagi memudahkan urusan jika
perkara yang tak dingini berlaku.
Macam pelik tapi inilah kebiasaan baru yang perlu kita hadapi. Tak
berkurang nikmat Syawal jika kita masih bersama dengan insan tersayang,
buat anak-anak muda di perantauan yang tidak dapat beraya bersama
keluarga di kampung halaman, apakan daya inilah dugaan.
Syawal ini kita raikan raya gaya covid, tidak untuk tahun hadapan dan
masa depan. Nikmat Syawal bersama keluarga, saudara mara serta rakan
taulan pelbagai kaum dan agama lebih bermakna tanpa Covid.
——————————-
Penulis adalah aktivis Persatuan Belia Harmoni Malaysia
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan