PETALING JAYA: Kira-kira 100 ahli PPBM Klang, bahagian yang
dipengerusikan pengarah strategi dan dasar parti Datuk Rais Hussin,
semalam mengumumkan menyertai Umno, sambil berkata mereka hilang
keyakinan dengan pucuk pimpinan.
Kumpulan diwakili ahli PPBM Klang, Mohd Hazwan Zulkifly, turut
mendakwa amalan kronisme di samping menuduh pemimpin parti mementingkan
diri sendiri.
“Kami yang keluar PPBM ini merupakan penggerak parti yang
bertanggungjawab menjalankan kerja parti, dengan ini PPBM Klang telah
lumpuh,” katanya.
Mereka juga berkata tidak puas hati dengan pengumuman Pakatan Harapan
(PH) mengangkat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali memegang jawatan
perdana menteri sekiranya gabungan itu menang pada pilihan raya akan
datang, di samping mempersoalkan kecekapan kerajaan negeri Selangor
dalam menyelesaikan isu sampah dan perumahan.
Rais dalam reaksinya berkata tindakan itu sudah diduga, dan
menjangkakan lebih banyak “pengumuman media” seumpama itu menjelang
pilihan raya.
Menurutnya, ia sesuatu yang “tipikal” akhir-akhir ini, di mana
segelintir ahli yang tidak berpuas hati akan menggunakan saluran NGO
pro-Umno.
“Ini adalah taktik lapuk di mana ia dilaksanakan untuk mendapat habuan atau dedak serta bagi meraih populariti peribadi.”
Rais berkata pihaknya sudah membuat pelbagai usaha mengasimilasikan merek dengan perjuangan PPBM tetapi gagal.
“Pastinya, sebab utama adalah kerana mereka mempunyai agenda tertentu yang mereka sahaja mengetahuinya,” katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan