Dr M persoal pembelian tanah RM2 bilion oleh BNM

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi mempersoalkan pembelian tanah bernilai RM2 bilion di Kuala Lumpur oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini, dan menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan dana bank pusat itu untuk membeli menara Exchange 106 setinggi 106 tingkat yang sedang dibina di pusat bandar.

“Kenapa kerajaan perlukan RM2 bilion? Sebabnya kerajaan ingin beli sebahagian daripada bangunan pencakar langit 106 tingkat,” kata pengerusi PPBM itu di majlis pelancaran PPBM Setiawangsa malam tadi.

Exchange 106 ialah sebahagian daripada Tun Razak Exchange (TRX), dan sedang dibangunkan oleh Kumpulan Mulia dari Indonesia.

Syarikat itu membeli tanah itu pada 2015 pada harga RM665 juta, untuk membina menara TRX, yang apabila siap akan menggantikan tempat Menara Berkembar Petronas sebagai struktur tertinggi di negara ini.

Pada 4 Januari lepas, BNM dilaporkan membeli tanah seluar 22.58ha daripada kerajaan pada harga RM2 bilion, untuk penempatan semula Universiti Kewangan Islam Global dan Akademi Kajian Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam.

Tanah itu terletak bersebelahan pusat latihan BNM, Sasana Kijang, di Jalan Dato’ Onn.

Dr Mahathir sebelum ini berkata kerajaan di masa pentadbirannya sedia memperuntukkan tanah untuk kegunaan BNM.

Beliau berkata kerajaan berhasrat menggunakan RM2 bilion daripada BNM untuk membeli bangunan 106 tingkat itu.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan