PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
menafikan pentadbirannya membekukan peruntukan tahunan kepada wakil
rakyat PAS atau menyingkirkan salah seorang wakil parti itu daripada
kerajaan tempatan, menurut seorang pemimpin PAS negeri.
Exco kerajaan negeri mewakili Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad
berkata Azmin menafikan perkara itu, sebaliknya kelewatan peruntukan
adalah masalah teknikal setiap awal tahun.
“Saya pegang pada kenyataan menteri besar itu. Jadi saya jangka isu ini akan selesai dalam masa seminggu,” katanya
Beliau turut menafikan laporan akhbar Sin Chew Daily yang mengatakan
Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, disingkirkan
sebagai ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
“Saya tidak dengar yang ada ahli majlis PAS dipecat,” kata Iskandar.
Sebelum ini, Roslan turut terkilan dengan laporan itu, yang mendakwa beliau dipecat daripada MPSJ.
“Kalau ada sekurang-kurangnya orang yang hendak dipecat itu dimaklumkan dan parti yang melantik perlulah diberitahu,” katanya
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan