Oleh SUBKY LATIF
SIAPAKAH Tan Sri Isa Samad yang sejak sekian lama menjadikan Felda bergelora dan sekarang mengelorakan syarikat bursanya FGV?
Dia
adalah orang berkemungkinan menjadi Timbalan Perdana Menteri sekarang
dan ketika Perdana Menteri Najib diasak kiri dan kanan sejak mengambil
alih kuasa, dialah calon yang berpotensi menggantikan Najib sebagai
Perdana Menteri.
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat
sebagai pencabar utama Najib sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri
tahun 2009 mungkin tidak jadi orang Umno yang terpenting selepas Najib.
Muhyiddin jadi pencabar utama Najib ialah setelah Perdana
Menteri/Presiden Umno Tun Abdullah Badawi menggantung keanggotaan Umno
Tan Sri Isa Samad dan sekali gus melucutkan jawatan kabinetnya sebagai
Menteri Wilayah Persekutuan.
Semuanya terkejut apabila Pak
Lah dalam pemilih pertamanya menjadi Presiden Umno, Tan Sri Isa Samad
muncul sebagai Naib Presiden yang pertama. Tan Sri Mohamad Mohd Taib dan
Tan Sri Muhyiddin Yasin jadi Naib Presiden kedua dan ketiga.
Isa
sebelum itu belum ada pengalaman dalam politik nasional sebagai menteri
pusat dan barisan utama pimpinan Umno. Dia selamanya adalah Mentri
Besar Negeri Sembilan yang dalam pemilihan Umno tersenarai dalam majlis
tertinggi saja.
Jawatan pertamanya dalam kabinet ialah
Menteri Wilayah Persekutuan macam Engku Adnan Mansor sekarang. Bukan
jadi menteri yang memberi peluang menjelajah ke seluruh negara yang
membolehkannya dengan mudah menemui perwakilan Umno di merata-rata.
Perwakilan
Umno Wilayah Persekutuan berapa orang sangat. Tetapi dia dapat
meninggalkan pemimpin Umno Selangor dan Johor yang banyak bahagian.
Maka
ada ulasan sinis atas kemenangannya itu, dengan kedudukan orang nombor
tiga dalam parti, dia akan jadi Timbalan Perdana Menteri jika berlaku
sesuatu kepada Perdana Menteri Abdullah Badawi dan Timbalan Presiden
Najib dan akan jadi Perdana Menteri jika berlaku sesuatu kepada
kedua-dua yang diatasnya itu.
Dengan pengalamannya yang terhad dalam politik nasional dan kerajaan pusat, maka macam mana dia hendak menjadi Perdana Menteri.
Orang
yang hendak menjadi Perdana Menteri itu mestilah orang yang ada
pengalaman luas dalam politik dalam dan luar negera. Seperti Dr.
Mahathir telah dikenal oleh semua di Malaysia dan di Washington. Tun
Abdullah Badawi menjadi menteri luar yang menjelajah banyak negara di
dunia. Najib pula menjadi Menteri Pertahanan dan Menteri Pelajaran
beberapa tahun.
Isa Samad? Jelebu dan Rembau saja!
Tetapi dia sudah berjaya meraih undi terbanyak sebagai Naib Presiden Umno. Terkejut semua. Bagaimana dia dapat undi terbesar?
Menjadi kecoh Umno.
Membeli
undi dan rasuh politik dan politik wang bukan perkara baru dalam Umno.
Mungkin Tunku Abdul Rahman Putra saja yang tak terlibat dengan politik
duit kerana dia pun tidak berduit. Yang lain tak bersih belaka.
Tahun
demi tahun perhimpunan dan pemilihan Umno semua bercakap tentang
membanteras politik wang, tetapi politik wang terus menerus menjalar
hingga ke akar umbi.
Oleh sebab pentadbiran Pak Lah
melancar transformasi membendung rasuah, menukar Badan Pencegah Rasuah
kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia – SPRM, maka banyak sangat
aduan tentang politik wang dalam pemilihan Umno itu.
Sebagai
Presiden Umno, Tun Abdullah mengarahkan supaya semua aduan disiasat.
Maka hasilnya Isa Samad didapati melanggar pantang larang rasuah
politik. Bukan saja jawatan Naib Presidennya dilucutkan, keanggotaan
Umno digantung banyak tahun.
Di bawah pimpinan Tun Abdullah ada juga orang Umno dipecat seumur hidup. Tidak boleh kembali dalam Umno hingga mati.
Tetapi
Isa berdiam diri dan menerima keputusan itu. Dia tak burukkan Umno dan
tidak kempen jatuhkan Tun Abdullah setakat yang diketahui. Yang jaja
gulingkan Pak Lah ialah orang lain.
Isa yang sudah tidak
ada kedudukan dalam Umno dan Umno pandang tidak elok lagi kepadanya, dia
boleh cakap macam-macam tentang kelemahan Umno terutamanya Presidennya
Pak Lah. Kerana dia sudah tidak ada apa-apa kepentingan lagi dengan
Umno, Umno tak boleh kata apa-apa kepadanya kerana dia bukan lagi orang
Umno.
Bagusnya Umno, ia selesaikan kes Isa Samad itu dalam partinya saja. Ia tidak panjang kes Isa itu kepada SPRM.
Isa
diam seribu bahasa dan bila Najib naik, Isa pun balik ke dalam Umno.
Dia cuba juga untuk jadi naib semula, tetapi kerana Umno itu
ditinggalkan lama, payahlah bagi sesiapa untuk kembali ke tampuk kuasa.
Cuma
dia kacau Najib semasa hendak mengadakan pilihan kecil di Dun dalam
kawasan Port Dickson. Ada kakinya mencalonkannya. Kiranya Najib tolak
pencalonannya, dia ugut akan kacau Umno. Tapi bila diterima dia jadi
calon dan dia menang, dia boleh kacau pula Menteri Besar Negeri
Sembilan. Memang MB itu sudah gelabah, Najib bagi dia jadi Pengerusi
Felda supaya tidak ganggu politik Umno Negeri Sembilan.
Dia tidak kacau Umno Negeri Sembilan tetapi sejak dia masuk telah menggelorakan Felda.
Felda
itu tidaklah tenang selama-lamanya. Sejak Najib yang menjadi waris
kepada pelopor Felda, Tun Razak, maka Najib jadi macam raja di Felda.
Dia berkuasa penuh di situ macam berkuasanya saja di negeri
masing-masing. Banyak juga takwil tetap raja mana oleh ditakwil.
Bila Isa masuk ke situ, dia pun macam raja juga. Cakapnya adalah undang-undang. Najib bagi kuasa penuh kepadanya.
Koperasi
peneroka pun dia nak campur sama. Koperasi adalah untuk ahlinya. Dia
dikatakan bukan ahli koperasi. Dia dikatakan mahu jadi ahli lembaganya
juga.
Isu besar di Felda itu ialah tentang FGV yang bila
disenaraikan dalam bursa saham, Felda seluruhnya jadi sandaran. Seperti
membuang duit yang kata Felda boleh tergadai. Entahlah, tapi pihak yang
membeli sahamnya semua terasa seperti membuang duit ke laut.
Akhirnya
Najib yang banyak masalah di luar Felda, mungkin payah pertahan Isa,
digantikannya Pengerusi Felda dengan Tan Sri Shahrir Samad. Tetapi
Shahrir tak mahu jadikan FGV sebahagian dari tanggungjawabnya. FGV bagi
pada Isa.
Sekarang FGV sudah tsunami. SPRM pun sudah datang. Tsunami lebih teruk dari gelora.
Jika
Pak Lah tidak bertindak terhadapnya dulu, dengan kemahiran memerintah
Negeri Sembilan dan jadi sekejap Menteri Wilayah dan lepas itu
menggelorakan Felda, tentu dia boleh adun Umno dan kerajaan bersama
Najib. Bila Pak Lah berundur, Najib naik, Naib Pertama pun naik sama.
Mungkin sekarang dia Timbalan Perdana Menteri. Bila dia tidak bersama Najib dalam kerajaan, dia dapat bersama Najib dalam Felda.
Apa jadi kalau Perdana Menterinya Najib dan Timbalan Perdana Menterinya Isa Samad? Malaysia nescaya jadi macam Felda dan FGV.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan